Satu ketika saya tidak mempunyai peralatan untuk saya kembangkan peranan saya dalam alam maya terutamanya untuk menyokong UMNO dan Barisan Nasional. 6 bulan lalu (Mei 2011) selepas pulang dari umrah, peralatan utama saya iaitu BB Bold 2 rosak dan menyebabkan saya tidak dapat aktif untuk update blog, FB dan bertwitter. Sepanjang 6 bulan ini, saya bergantung kepada
Syukur Alhamdullilah. kerana saya percaya rezeki dari Allah dan ajaran dari kelab Chedet supaya saya tidak mengejar ganjaran, Pengerusi UMB, Tun Faisal menghulurkan sedikit bantuan kewangan yang beliau dapatkan dari UMNO pusat. Dengan bantuan kewangan itu, cukup utk saya belikan BB Torch 9800 dan netbook AspireOne. Dan saya benar2 manfaatkan bantuan itu secukup2nya.
Apa hasilnya? Ketika 2 bulan lalu, saya ada melihat blog mymassa.blogspot.com mencatatkan ranking Alexa saya pada kedudukan 18,000 ++ dan semalam ntah kenapa saya gatal tangan mahu check kembali, terkejut melihat saya telah naik ke kedudukan 9800++ dalam Alexa hanya sebulan selepas UMB menghulurkan bantuan kepada saya.
Sebab itu saya bersyukur atas bantuan UMB. Saya kini mampu lebih aktif di alam maya. Lebih kerap artikel dan berita saya updatekan di blog minda-hijrah.blogspot.com dan portal www. kelabchedet.com . Saya lebih banyak habiskan masa bertwitter membetulkan persepsi buruk pembangkang terhadap kerajaan. Semuanya dapat direalisasikan dengan bantuan UMB.
Persoalan utamanya, kenapa saya dedahkan kisah saya ? untuk bodek Tun Faisal dan UMB ? untuk dapat duit lebih ? hahaha saya tak cari makan melalui cara ini. Saya keje makan gaji. Kalau mahukan duit lebih, lebih baik saya buangkan masa saya lobikan projek2 kelas F :)
Biar saya jelaskan. UMB hulurkan bantuan, saya ambil. UMB nak tarik balik, saya tak kisah dan tidak akan ungkitkan. Ini prinsip yang kelab Chedet ajar kepada saya. Sebab itu saya hanya percaya rezeki dari Allah dan tidak perlu saya iri hati dgn rezeki orang lain. Saya kira UMB juga telah banyak membantu blogger dan cybertrooper pro kerajaan yang kecil seperti saya. Dan saya bersyukur atas sebab itu, ketika tiada pihak lain yang mahu membantu saya.
Untuk makluman, bantuan UMB yang dihulurkan kepada telah saya bentangkan dan diminitkan di mesyuarat Exco Kelab Chedet. Jadi saya bukan ambil bantuan senyap2 tanpa pengetahuan Kelab Chedet yang membantu saya selama ini dan juga platform utama saya dalam dunia alam maya. Itu ketelusan yang saya buat supaya tiada pihak mengumpat belakang saya.
Terima kasih kepada Tun Faisal. Terima kasih kpd KP Seputeh, bro Razlan. Dan terima kasih kepada UMNO dan UMB. Terima kasih kerana sudi membantu saya.
Bantuan yang sedikit itu dapat saya manfaatkan nya . Kisah yang baik ini wajib utk saya kongsikan kepada semua untuk saya peringatkan diri saya dan rakan-rakan supaya tidak KUFUR NIKMAT. Itu lah yang sering Tun Mahathir ucapkan, bersyukur dan berterima kasih dengan pihak yang memberi bantuan.
ALHAMDULILLAH
"Barang sesiapa yang bersyukur ke atas nikmatKu, nescaya akan Ku tambah lagi ke atasnya... Tetapi, barang sesiapa yang khufur yakni tidak bersyukur ke atas nikmatKu, sesungguhnya azabKu amat pedih..."
ReplyDeleteBersyukur tuntutan agama.
ReplyDeleteKebenaran makin jelas akhirnya.
Allah bersama orang yang benar.
sama2 kita bersyukur dan menjaga nama baik umb :)..Alhamdulillah..
ReplyDelete