Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, December 7, 2011

Kenyataan Media Presiden Kelab Chedet: Selamat Ulang tahun ke 3 KCD.

"Success doesn't come easily. You've got to batter your head against the wall quite a number of times before the wall breaks . . . or your head. I suppose you've got to do that. I don't believe in giving up" - Mahathir Mohammad

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

a. Alhamdulillah… Hari ini genaplah usia Kelab Chedet.com Malaysia tiga (3) tahun. Begitulah juga usia portal ini yang mula diapungkan di alam maya sejak 30 November 2008.

 

b. Sepanjang tempoh tersebut memperlihatkan portal ini mencatatkan perkembangan menggalakkan dengan pencapaian 'hits' satu (1) juta pertama hanya dalam tempoh 3 bulan ianya diwujudkan.

 

c. Sehingga ke hari ini, portal ini telah mencatatkan 'hits' sebanyak hampir 17 juta dengan keahlian yang didaftarkan melebihi 2500 'forumer'.

 

d. Bulan November 2011 juga mencatatkan jumlah 'hits' bulanan tertinggi sepanjang tiga tahun ini iaitu mencecah 1.06 juta.

 

e. Sungguhpun begitu, saya percaya bahawa kejayaan ini tidak mampu dicapai tanpa ada usaha gigih serta jatuh bangunnya secara fizikal mahupun mental.

 

f. Justeru itu, sebarang bentuk sumbangan mahupun cadangan dalam meneruskan kelangsungan portal ini untuk terus memainkan peranannya di masa akan datang amatlah dialu-alukan.

 

g. Saya mewakili exco dan pengurusan Kelab Chedet.com Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada setiap individu yang terlibat di dalam mengasaskan penubuhan kelab serta portal ini.

 

h. Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan kepada kalangan 'forumer' yang berterusan memberikan sokongan menyuarakan pendapat dalam portal ini, tidak kira ianya bersifat atau mewakili golongan penyokong mahupun pembangkang dalam sesuatu topik atau isu yang menyebabkan portal ini terus relevan sebagai satu medium pencernaan dan perkongsian ilmu.

 

i. Secara peribadi, saya berharap agar portal ini bakal berterusan menjadi salah satu sumber rujukan dalam usaha melahirkan masyarakat yang mampu menghadapi sebarang bentuk cabaran mendatang dan bersedia melangkah menuju ke arah Wawasan 2020 sepertimana yang dicetuskan oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad.

 

Syabas dan Tahniah!!!

 

Bentayan

30 November 2011

 

 

RockyKCD - Kenyataan media ini dipetik di portal Kelab Chedet 

2 comments:

  1. tahniah kelab chedet. semoga terus sukses

    ReplyDelete
  2. bangga menjadi salah seorang forumer kcd

    ReplyDelete