Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, December 8, 2011

Kelantan : 20 Tahun 'Membangun bersama Islam' tapi hanya satu Masjid dibina

Kerajaan Pas Kelantan mengakui hanya membina sebuah masjid, iaitu Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra, di sini, daripada wang sendiri tanpa bantuan Kerajaan Pusat sejak mentadbir negeri itu lebih 20 tahun lepas.

 

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun berkata, masjid lain di seluruh negeri dibina oleh Kerajaan Pusat.

 

"Masjid Jubli Emas atau lebih dikenali Masjid China yang menjadi kebanggaan Pas ini dibina dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri, tanpa satu sen dari Kerajaan Pusat," katanya hari ini.

 

Katanya, bagi masjid mukim yang lain di seluruh negeri, kerajaan negeri hanya bertanggungjawab mengeluarkan peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian.

 

Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pemimpin parti pembangkang di Kelantan, bahawa sejak mentadbir negeri ini lebih 20 tahun, Pas tidak membina sebuah masjid pun di negeri itu.

 

Malah, mereka mendakwa semua masjid yang ada di negeri ini dibina oleh Kerajaan Persekutuan atau peninggalan pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional ketika mentadbir negeri itu pada 1978-1990.

 

Abdul Fatah berkata, Masjid Jubli Emas yang berharga RM9.5 juta itu dibina pada 2005 dan siap sepenuhnya pada 2009 hasil ilham Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, selepas melawat Beijing, China sebelum itu.

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

RockY-KCD – Bangunan pertama yang didirikan oleh baginda Rasullulah s.a.w ketika tiba di Madinah ialah Masjid. Kepentingan masjid amat penting sebagai pusat dakwah Islam. Oleh itu, jangan perkecilkan kepentingan pihak yang mendirikan Masjid di Kelantan. Jangan bongkak dan sombong kerana itu yang selama ini kerajaan Kelantan lakukan. Baru hari ini mereka akui sumbangan kerajaan BN terhadap pembinaan masjid.

 

Apa salahnya beri penghargaan ? Kalau tidak cukup, mohon kepada kerajaan pusat utk bina lagi demi kesejahteraan umat Islam. Tiada beratnya bagi Perdana Menteri dan kerajaan utk membantu.

 

Jangan hanya berslogankan Membangun bersama Islam tetapi praktikalnya hanya omong kosong.

 


 

2 comments:

  1. 1 masjid 20 tahun memerintak itu bukan nabi tu babi namanya BABI pakai serban

    ReplyDelete
  2. cilako cilako cilako nicky

    ReplyDelete