Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, December 7, 2011

Zahid Hamidi ajak Lim Guan Eng 'selam' bersama KD Tun Razak

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari mengarahkan kapal selam kedua negara, KD Tun Razak mengadakan satu sesi selaman khas di Jeti Awana Porto Malai, 9 Disember ini bagi membuktikan keupayaannya beroperasi.

 

Beliau berkata, acara itu dijadualkan berlangsung jam 3 petang dan akan turut disertai Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dijemput khas untuk sesi berkenaan.

 

"Sempena LIMA2011, kebanyakan aset laut kita cuma mengadakan pameran statik. Namun, saya mengarahkan KD Tun Razak 'menyelam', Sabtu ini, di mana Guan Eng akan turut serta. "Ini bagi memberi peluang kepada beliau melihat sendiri keupayaan aset berkenaan, sekali gus menyangkal dakwaan pembangkang bahawa kapal selam kita tidak boleh menyelam dan beroperasi sebelum ini," katanya pada sidang medianya di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini hari ini.

 

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr Ismail Ahmad dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.

 

Difahamkan, Ketua Menteri Pulau Pinang itu menghubungi Zahid malam tadi mengesahkan persetujuannya untuk merasai pengalaman berada dalam kapal selam berkenaan dan melihat sendiri kemampuan kapal selam berkenaan operasi, selain memahami kepentingannya terhadap pertahanan strategik negara, terutama dalam melindungi kedaulatan perairan Malaysia.

 

"Inilah kali pertama kita bawa wakil pembangkang naik kapal selam dan menyelam. Ia jelas menggambar keterbukaan dan ketelusan kita dalam menangani isu berkaitannya," katanya.

 

RockyKCD - Tindakan bijak Menteri Pertahanan demi menangkis tanggapan buruk pembangkang dan penyokong mereka terhadap aset pertahanan negara. Keterbukaan KM Penang juga wajar dipuji memandang beliau juga adalah SU Agung DAP, parti pembangkang terbesar di Parlimen. Diharapkan semua berjalan dengan lancar Jumaat nanti.

 

3 comments: