Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bukan menjadi rahsia bahawa pengerusi DAP Karpal Singh adalah ‘godfather’ atau ‘bapa angkat’ parti itu dan sesiapa yang mengkrtiknya perlu memohon maaf.
"Dia (timbalan pengerusi DAP Pulau Pinang P Ramasamy) hanya bercakap benar. Semua orang tahu Karpal adalah ‘godfather’.
"Awak mesti berbaik dengannya. Jika awak mengguris atau menyakitkan hatinya, awak kena minta maaf,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Larian Sahara Dinas Emas di Kuala Lumpur.
Walaupun sangsi dengan pertelingkahan dalaman DAP itu yang dianggapnya sebagai sandiwara, nasihat Mahathir kepada Ramasamy adalah: "Beliau (Karpal) bukan minta apa-apa. Cuma, perlu kata, Saya minta maaf”. -MKINI
Artikel berkaitan:
PKR & DAP hanya untuk KRONI dan ANAK-BERANAK
memang betul Mahathir kata... mereka ni main wayang jer.. kalau betul2 mereka gaduh kenapa metalik Vs metalik??? yang betul Godfather DAPig tu yang kuning LKS dan LGE tu lawan la dengan mereka tu!!!
ReplyDelete