Minda Hijrah Headline Animator

Monday, November 14, 2011

LESEN HIBURAN DI SELANGOR! - Ucapan Adun Semenyih


Tuan Speaker,

Exco Kerajaan Negeri (YB Pandamaran) pernah mengatakan kepada media bahawa dia tidak tahu menahu kalau masyarakat/rakyat Negeri Selangor mengatakan wujud banyak premis hiburan ‘haram’ di Selangor kebelakangan ini. Kenyataan yang diberikan kepada media, sekitar Julai 2011 ini mendapat liputan banyak media perdana.

Pandangan dan realiti yang sedang rakyat lihat di luar sana tidak boleh menipu. Kita pun tidak tahu apa masalahnya. Kalau benar-benar lesen itu beku – sejak tahun 2006; apa yang menjadi hambatan tindakan tegas terhadap premis-premis hiburan yang ada di Selangor ini. Exco kata, ini bukan kuasa PBT. Ini kuasa Polis. PBT hanya sita. Soalnya, dah berapa banyak premis hiburan yang disita oleh PBT seluruh Negeri Selangor? Apakah ada statistik yang boleh kita rujuk dan gunapakai?

N24 Semenyih ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri bergerak bersama pihak PDRM Kontinjen Selangor dan tunjuklah keseriusan sedikit dalam mendepani isu ini. Apa yang berlaku sekarang, pada pandangan rakyat, seolah-oleh Kerajaan Negeri kurang serius dengan tindakan. Macam ada ‘udang di sebalik batu’ di sebalik sikap tidak peduli kepada isu-isu ini.

Kasihanlah sedikit kepada ‘partner-in-crime’ (dengan izin); wakil wakil rakyat PAS yang semakin nampak hilang semangat nak membicarakan isu masalah sosial dan lambakan hotel bajet dan pusat hiburan ini. Kasihan mereka. Jenuh mereka nak berjawab dengan rakyat bila rakyat bertanya mengenai isu ini.
 
Ulasan RockY-my - Ronnie Liu memang dah lama kami syak mempunyai kaitan aktiviti persundalan dan maksiat di Selangor yang semakin menjadi barah. Ada yang kata hasil duit haram ini digunakan chaivinis DAP untuk buat aktiviti parti dan pilihanraya. 

Rakyat wajar buka mata untuk melihat perkembangan tidak sihat ini !

1 comment:

  1. Duit untung judi dan maksiat digunakan untuk menjamu makan dan sedekah pada umat Islam dan penyokong PAS dan Melayu PKR agar hati mereka gelap, fikiran bengap asyik minta disuap. Suka buat fitnah agar rakyat marah-marah. Akhirnya mulut mereka selalu menguap, mata asyik terlelap, kuat melancap...Islam ke mana, Melayu buang tang mana. Cakap pasai Melayu dikatakan assobiyah, cakap pasai Islam dikata mainan UMNO nak menang pilihanraya.

    ReplyDelete