Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, November 15, 2011

PKR semakin karam - 180 ahli PKR Cabang PJS masuk UMNO!

PKR sudah semakin hilang pengaruh selepas rakyat yang selama ini menyokong mereka sedar bahawa perjuangan sosialis dan sekular PKR adalah sia-sia. Semakin hari semakin ramai meninggalkan kem PKR.
Cabang PKR Petaling Jaya Selatan (PJS) mempunyai 17 ranting dan keahlian seramai +4,300 orang. Setakat ini 400 orang ahli PKR telah meninggalkan parti tersebut untuk menyertai UMNO. 200 lagi mungkin akan melakukan tindakan yang sama dalam masa terdekat.

Saya berpeluang berjumpa dan dapat mendengar pandangan pemangku Ketua Bahagian PJS sendiri dalam satu majlis berbuka puasa. Tidak syak lagi, segala usaha keras mereka kini mendatangkan hasil.

Tahniah kepada UMNO PJS atas usaha yang mereka lakukan.


Gambar : Bekas Naib Ketua PKR Cabang PJS menyerahkan borang keahlian baru UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian PJS, Raja Hanipuddin Raja Nong Chik.

No comments:

Post a Comment