Tuan Speaker,
Mewakili rakyat di N24 Semenyih, mereka juga berasa sangat risau melihat senario lambakan hotel-hotel bajet di Negeri Selangor pada ketika ini. Rakan saya, Dengkil pernah bertanyakan mengenai jumlah hotel bajet di Negeri Selangor dalam sidang yang lepas. Yang ‘halal’ (registered) menurut jawapan Exco Kerajaan Negeri – adalah 138 . Yang kita nampak, rasanya lebih daripada angka 138.
Soalnya, setakat ini, hanya Majlis Perbandaran Klang yang memberikan komen tentang keperluan kriteria-kriteria tertentu dipenuhi sebelum mendapat lesen mengendalikan hotel bajet. Apakah kriteria MPK ini turut terpakai di PBT-PBT yang lain? Ini yang rakyat nak tahu. Kalau kriterianya sudah jelas; kita harap biar seragam. Jangan di Klang ada syarat lain; di Semenyih ada syarat lain. Keseragaman ini amat penting.
Pengusaha hotel bajet yang ‘belum lulus’ (tak tahulah dinaungi atau tidak oleh individu-individu tertentu) memerlukan tindakan yang tegas oleh Kerajaan Negeri. Lambakan hotel-hotel bajet ini boleh menjadi punca keruntuhan akhlak yang serius.
Kita pun tak tahu sejauh mana Exco daripada PAS vokal dan bersuara bab ini – tapi kita harap sangat; jangan kerana ‘untung politik’; mereka melelapkan mata dan ‘declare’ (dengan izin); halalan toyyiban untuk gejala yang buruk ini.

Ulasan RockY-my : Kegiatan maksiat melalui hotel-hotel bajet HARAM yang tubuh bak cendawan selepas kerajaan campuran pembangkang ambil alih Selangor menjadi perbualan hangat dikalangan rakyat. Dengan Exco Kerajaan Negeri Ronnie Liu dari DAP yang menjaga PBT, sudah tentu ada 'udang disebalik batu'.
Taukey-taukey gelak besar kumpul duit haram sambil agih syer kepada DAP ???
I remember there's a Chili Hotel near Jalan Kenari 3, Puchong. I stayed there frequently whenever i'm there to visit our head office. One day I read in the newspaper that the Hotel is unregistered and has been shut down. But when the enforcement officers came, Ronnie Liu intervened! read here:
ReplyDeletehttp://malaysianpoliticsblog.blogspot.com/2008/11/daps-ronnie-liu-charged-in-pj-court.html