Minda Hijrah Headline Animator

Monday, November 14, 2011

Kes liwat Anwar tangguh 8 Disember!

Tangguh lagi !! Kes mahkamah yang dikatakan paling banyak tertangguh dan membazir masa atas pelbagai alasan tidak munsabah oleh pihak pembela seja ianya memulakan perbicaraan. Rakyat mahu kebenaran dan keadilan ditegakkan. Setakat ini, pihak pembela GAGAL memberi bukti 'ALIBI' yang merupakan 'saksi terpenting' dalam kes ini.

Rakyat berharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera.


Penggulungan hujah peringkat pembelaan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan ke 8 dan 9 Disember ini setelah pasukan peguam bela Ketua Pembangkang itu memberi alasan tidak dapat menyiapkan transkrip nota prosiding kes tersebut.

Tarikh itu ditetapkan selepas Datuk Param Cumaraswamy dan Sankara Nair yang mewakili Anwar bersama Peguam ...Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan Timbalan Pendakwa Raya, Wong Chiang Kiat menemui Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah di kamar beliau di sini, pagi ini.

Nair menerusi e-mel yang dihantar kepada pihak media hari ini menjelaskan, pihaknya telah memohon agar tempoh untuk memfailkan hujahan bertulis mereka dilanjutkan disebabkan masalah tersebut.

Dengan kebenaran penangguhan itu, tarikh 23 dan 24 November yang sebelum ini ditetapkan untuk penggulungan hujah lisan oleh kedua-dua pihak telah dilapangkan oleh mahkamah.

Tarikh keputusan sama ada Anwar disabitkan bersalah atau dibebaskan daripada tuduhan itu hanya akan ditentukan selepas selesai penggulungan hujah berkenaan.

No comments:

Post a Comment