Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, October 11, 2011

'Winnable Candidate' – UMNO Perlu Berani Lakukan Perubahan

DS Najib sering menyebut tentang 'winnable candidate' dalam sessi ceramah yang disampaikan bagi memberi madsud jelas beliau bahawa hanya calon yang layak sahaja bakal bertanding dalam PRU 13 nanti.

 

Ketika ini boleh dilihat ramai pemimpin sedang giat berkerja kuat bagi mendapat tempat. Banyak juga kisah-kisah yang kita dengar bagaimana ada kalangan pemimpin yang melobi di Putrajaya untuk ditempatkan sebagai calon BN.

 

Ada beberapa perkara yang mahu saya bincangkan - Pertamanya, kebergantungan UMNO dan BN kepada 'kuda-kuda tua' sebagai calon dan wakil rakyat. PRU 13 ini adalah peluang utk DS Najib sebagai Presiden untuk melakukan perubahan bagi menengahkan calon-calon baru yang sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Kita tidak menafikan sumbangan pemimpin veteran yang sedia ada tetapi kita dapat lihat sepanjang 3 tahun ketika DS Najib menjadi Perdana Menteri, ramai kalangan pemimpin ini gagal memenuhi inspirasi golongan muda, membawa transformasi yang mahu dilakukan oleh PM sendiri dan yang malang sekali ialah, golongan 'kuda tua' ini menyekat kemajuan golongan pemimpin pelapis UMNO yang sedia ada.

 

Keduanya, Transformasi politik yang mahu dilakukan oleh PM memerlukan tenaga dan pendekatan orang muda yang semakin menjauhi UMNO dan kerajan. Ianya perlu bergerak dengan lebih agresif kerana kita semakin hampir untuk mencapai Wawasan 2020 yang menjadi visi rakyat Malaysia. Oleh itu, DS Najib perlu berani memberi lebih peluang kepada pemimpin2 yang yang berkebolehan dan berkeupayaan tinggi membantu beliau bersama-sama menjayakan transformasi politik dan ekonomi yang beliau mahu lakukan.

 

Ketiganya, keperibadian calon-calon wajar menjadi KPI utama. Mereka yang punyai masalah yang melibatkan pantang larang Islam wajar ditolak ketepi. Peminum arak dan penzina sepatutnya nya tiada tempat dalam kepimpinan UMNO dan kerajaan. Golongan ini hanya akan membawa mudarat dan bencana kepada negara.

 

Akhirnya sekali, lihat kepada DAP dan PKR yang memberi peluang kepada golongan muda menjadi pemimpin mereka seperti YB Janice Lee, Tony Pua, YB Teo dari Serdang, Nik Nazmi, Yusmadi dan ramai lagi. Sebab itu golongan muda semakin rapat dan terus menyokong pembangkang.

 

Apa yang mahu saya simpulkan ialah, transformasi atau perubahan yang DS Najib mahu bawa kepada rakyat, saya kira ianya perlu bermula dengan kepimpinan UMNO itu sendiri. Sekadar peringatan - UBAH sebelum REBAH.

No comments:

Post a Comment