Minda Hijrah Headline Animator

Monday, October 10, 2011

Penjelasan Menhan - Pindaan Rang Undang-Undang Veteran

Antara isu dibangkitkan oleh Ali Tinju, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu adalah berkaitan pindaan Rang Undang-Undang Veteran 2011. Sedangkan penjelasan Menteri Pertahanan, DS Zahid Hamidi adalah TERANG & JELAS berkaitan pindaan rang undang-undang tersebut.

 

Baca dan faham penjelasan DS Zahid Hamidi berkaitan isu ini.

 

_________________________________________________________________________________

 

 

PUCHONG, 9 Okt — Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan semua pesara dan bekas tentera agar tidak menyanggah Fasal 17 dalam Rang Undang-undang Veteran 2011 yang telah diluluskan di Parlimen, semata-mata mahu menjaga kepentingan hak peribadi masing-masing.

 

Beliau berkata ada segelintir pesara dan bekas tentera yang menolak pelaksanaan rang undang-undang itu kerana khuatir kedudukan serta kebebebasan mereka untuk bersuara dan berpersatuan akan disekat.

 

"Saya tahu, ada satu dua pihak dan pemimpin (persatuan) yang rasa diri dan kedudukan mereka tergugat jika Fasal 17 ini dilaksanakan sebab takut hak mereka dihalang dan disekat," katanya di sini hari ini.

 

Dipetik Bernama Online Zahid (gambar) berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan beberapa pemimpin persatuan bekas tentera yang meminta Kementerian Pertahanan mengkaji semula Fasal 17 rang undang-undang itu yang didakwa menyebabkan pembatalan dan pembubaran persatuan-persatuan bekas tentera sedia ada.

 

Menteri Pertahanan itu berkata Fasal 17 tidak membatalkan persatuan-persatuan bekas tentera sedia ada sebaliknya hanya memindahkan kuasa pendaftaran daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan kepada Pendaftar Persatuan Bekas Tentera.

 

Rang Undang-Undang Veteran 2011 antara lain bertujuan menubuhkan Majlis Veteran Malaysia bagi menyelia pelaksanaan dasar dan pelan tindakan berhubung dengan hal ehwal veteran selain menjadi badan pemantau bagi semua persatuan veteran di Malaysia.

 

"Hasrat kerajaan adalah mahu membantu mereka dan jangan pesongkan (rang undang-undang ini) bagi memenuhi kepentingan diri, tidak ada persatuan yang akan dibatalkan... jadi saya minta yang lain (pesara dan bekas) jangan ikut mereka yang cuba jaga kepentingan diri sendiri," katanya.

 

No comments:

Post a Comment