Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, October 11, 2011

Prof Kangkung Aziz Bari Persoal titah Sultan ikut Islam atau tidak

Sudah lama saya mahu membicarakan tentang Aziz Bari, seorang prof yang kononya pakar perlembagaan tetapi hujahnya merepek dan hanya membawa kepada 'misleading' atau kekeliruan. Ini jenis manusia yang bahaya kerana berhujah dengan autoriti sebagai pakar akademik tetapi lebih banyak menyesatkan pemikiran orang ramai.

 

Melalui petikan Mkini dgn tajuk Aziz Bari: Campurtangan perlu selaras dengan ajaran Islam, Aziz Bari mempersoalkan 'adakah titah Sultan Selangor selaras ajaran islam? walaupun mengakui Baginda Sultan Selangor mempunyai HAK untuk campurtangan!

 

Hujah Prof Kangkung ini menjurus kepada pemikiran sempit bahawa Sultan Selangor tidak wajar memanjangkan isu JAIS-DUMC kerana tiada bukti dan kes JAIS-DUMC perlu ditutup.

 

Apa yang Prof Kangkung ini tidak faham ialah JAIS kene buat serbuan untuk menyiasat. Memang terbukti ada umat Islam yang berbuka puasa di kawasan gereja itu dan menerima bantuan dari pihak gereja. Tindakan JAIS ini wajar bagi menyelamatkan akidah umat Islam yang hadir tanpa perlu menyalahkan usaha pihak Gereja yang memberi bantuan kepada umat Islam yang susah.

 

Salahkan Sultan Selangor sebagai Ketua Umat Islam Selangor bertitah menyuarakan kebimbangan terhadap usaha2 pemesongan akidah kepada umat Islam ?

 

Itu hak dan tanggungjawab Baginda Sultan dan ini Prof Kangkung Aziz Bari yang kononya pakar perlembagaan tak patut persoalkan !!!

 

Saya secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada Baginda Sultan Selangor yang prihatin masalah umat Islam. Begitu juga tindakan JAIS dan sokongan Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Dr Hasan Ali dan KP Pas Pusat, Hasan Tantawi.

 

Jangan kita politikkan isu Islam. Manusia seperti Prof kangkung Aziz Bari dan Khalid Samad adalah jenis manusia yang wujud utk memecahbelahkan umat Islam.

 

1 comment:

  1. Dulu mahadir n puak2 umno lg teruk menelanjangkan raja2 . Ulasan Prof aziz bari adalah ilmiah

    ReplyDelete