Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, October 19, 2011

Penyokong Murtad Ambiga, PAS OK. Himpunan Umat Islam PAS KO

PAS telah membuat keputusan untuk tidak sertai Himpunan Sejuta Umat Islam yang akan diadakan di Shah Alam walaupun Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Tantawi telah memberi persetujuan untuk sertai perhimpunan tersebut.

 

Alasan yang digunakan kerana menghormati penganjur yang tidak melibatkan parti politik. Secara dasarnya, keputusan PAS tidak menghalang mana-mana ahlinya untuk sertai perhimpunan yang akan diadakan Sabtu ini. Lebih-lebih lagi Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasarudin Tantawi telah memberi persetujuan untuk turut serta.

 

Sebelum itu, pelbagai pihak terutamanya rakan politik PAS dari chauvinis DAP dan sosialis PKR mendesak melalui laman blog dan media sosial untuk PAS tidak turut serta. Lebih malang, ramai kalangan penyokong chauvinis DAP menganggap bahawa perhimpunan Umat Islam ini sebagai ancaman untuk menimbulkan kekacauan.

 

Persoalannya disini, kenapa apabila Ambiga, penyokong no 1 amalan Murtad di Malaysia mengajak untuk turut berdemo dijalan raya, PAS begitu taksub untuk turut serta sehinggakan menjadi perbahasan di Muktamar PAS tempoh hari ?

 

Dan sejak bila pula chauvinis DAP yang anti Islam dan Melayu boleh menentukan bahawa Perhimpunan Umat Islam adalah ancaman kepada negara ?

 

Sebab itu umat Islam di Malaysia wajar sedar bahawa perjuangan Islam yang dilaungkan adalah PALSU dan berbentuk KOSMETIK semata2. Negara Islam dan Hukum Hudud yang dicadangkan tidak lagi menjadi agenda politik mereka sejak berpeluk cium dengan chauvinis DAP dan sosialis PKR. Malah PAS bersangka buruk terhadap penganjuran Himpunan Umat Islam.

 

Adakah wajar orang Islam dan Melayu terus memberi sokongan dan undi kepada PAS jika segala tindak-tanduk PAS perlu mendapat kebenaran DAP dan PKR ?

 

Hentikan sokongan anda. PAS bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam seperti yang mereka pernah laungkan. PAS sekadar parti politik yang digunakan oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng bagi meraih sokongan dan undi Melayu kepada pembangkang.

 

Sekali lagi, PAS membuktikan mereka adalah KELDAI dalam pakatan pembangkang.

No comments:

Post a Comment