Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, October 19, 2011

Kelab Chedet : Prof kangkung Aziz Bari wajar didakwa Akta Hasutan

Aziz Bari ini bukan saja patut disiasat dibawah Akta Hasutan tetapi perlu dikenakan tindakan tegas dibawah Akta yang sama sebagai pengajaran terutama kepada mereka yang makan gaji di universiti awam kerajaan.

Beliau secara terang-terangan menghasut rakyat supaya membenci Sultan kononnya Sultan bertindak diluar bidang kuasanya.

Sebenarnya Aziz Bari sendiri bertindak diluar bidang tugasnya sebagai pensyarah di universiti awam kerana beliau mahu menumpang sakit hati menyokong tindakan Menteri Besar yang membidas tindakan Jais itu.

Menteri Besar PKR ini sudah tentu mempuyai muslihat politik membela penganjur Majlis Malam 'Thanksgiving' ini kerana mereka mahu dilihat sebagai parti yang benar-benar membela semua kaum dan agama. Sebab itu MB ini lebih senang mengkritik Jais walau pun kuasa Jais terletak dibawah naungan Sultan.

Aziz Bari pula mengkritik tindakan Sultan bagi pihak pembangkang kerana beliau memang bersempati dengan pembangkang. Kita heran bagaimana orang yang sering memberi komen-komen yang memihak kepada pembangkang ini diberi tempat di universiti kerajaan. Malah ada pula yang mahu menggelar beliau sebagai "Pakar Perlembagaan" walau pun kepakaran beliau hanya mencari salah kerajaan untuk menaikkan pembangkang saja.

 
Ulasan oleh Nordin, Exco Kelab Chedet
Petikan dan perbincangan di portal kelabchedet.com
 
 
Sumber berita dari :
Pertikai Titah Sultan: Aziz Bari Disiasat Di Bawah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR: Pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) akan disiasat di bawah Akta Hasutan.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu dijangka akan dipanggil untuk memberi kenyataan kepada pihak polis pada Rabu.

Media sebelum ini melaporkan, Abdul Aziz mempertikaikan tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja dengan menyifatkannya sebagai bukan sesuatu yang lazim serta tidak konsisten tugas baginda.

Minggu lalu, Sultan Sharafuddin bertitah tiada pendakwaan akan dikenakan terhadap mana-mana pihak dalam isu pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais pada Majlis Malam 'Thanksgiving' di DUMC Ogos lalu.

Baginda bertitah keputusan tersebut diambil selepas meneliti laporan Jais serta mendengar nasihat pakar agama serta pakar udang-undang.

Bagaimanapun baginda menitahkan Jais memberi kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya akidah dan kepercayaan mereka terhadap agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan.
 
 

No comments:

Post a Comment