Minda Hijrah Headline Animator

Monday, October 10, 2011

Muslihat Ali Tinju PVTM hentam Menteri ?

Kisah Presiden Persatuan Veteran Melayu (PVTM) yang bertindak liar menghentam Menteri Pertahanan dipetik dari blog rakan blogger Panglima Perang Cyber .



Agak menghairankan kenapa Presiden bekas tentera Melayu  ini terus menerus menyerang di laman sosial FB ? Apakah muslihat beliau ? Kenapa tidak menggunakan saluran yang betul bagi mengeluarkan poandangan.

Sumber Persatuan Bekas tentera Malaysia (PBTM) juga tidak berkenan dengan perangai Ali Tinju yang kerap menghentam mana2 pihak yang tidak melayan kehendak beliau.

Miungkin rekod lampau boleh membongkar muslihat-muslihat yang beliau mahukan.


KUALA LUMPUR 12 Jan 2011 – Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), (Datuk) Mohd. Ali Baharom memohon maaf kepada semua pihak yang mengenalinya dengan gelaran ‘Datuk’ sebelum ini kerana ia sebenarnya palsu dan tidak diperakukan.

Menurutnya, kesilapan itu perlu diakui dan diperbetulkan segera memandangkan beliau kini bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan tidak mahu ia disalah anggap pada masa depan.

“Hari ini saya mahu membersihkan nama saya dengan memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak termasuk media kerana menggunakan gelaran ‘Datuk’ yang telah saya ‘beli’ pada 2006 dengan RM250,000.

“Selain untuk saya sendiri, saya juga membelikan gelaran ‘Datuk’ buat seorang lagi kawan dengan harga sama dan kos keseluruhan termasuk menyediakan hiburan kepada penjual adalah sekitar RM1 juta,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mohd. Ali memakai gelaran itu yang kononnya dianugerahkan oleh institusi diraja dari sebuah negeri di bahagian utara Semenanjung pada 2006 menerusi seorang ejen dan ahli kerabat institusi itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada ahli kerabat itu memandangkan individu tersebut telah diisytihar muflis beberapa tahun lalu.

Menceritakan pengalamannya, kata Mohd. Ali, ‘nafsu’ untuk memakai gelaran ‘Datuk’ pada masa itu timbul kerana berfikiran ia boleh memudahkan urusan perniagaannya sebagai kontraktor.

Namun, katanya, ia tidak lagi perlu kerana menginsafi gelaran itu diperoleh secara palsu dan berpendapat ia boleh mendatangkan kemudaratan kepadanya dari segi sosial dan ketuhanan pada masa depan.

Sumber : Utusan Online 

1 comment: