Minda Hijrah Headline Animator

Friday, October 21, 2011

Pemuda PAS Sokong Himpunan Sejuta Ummah

Alhamdullilah. Nampaknya Dewan Pemuda PAS Pusat tidak mempolitikkan isu Himpunan Umat Islam. Kumpulan anak muda PAS ini bersangka baik dan percaya bahawa Umat Islam wajar bersama-sama dalam isu berkaitan Islam tanpa sempadan politik.

 

Sudah tentu PAS Selangor yang selama ini lebih banyak menjual Islam, kalimah Allah, mempertahankan gereja haram akan menerima tamparan hebat terutamanya Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad.

 

Persoalannya disini, apakah salah Umat Islam mahu berhimpun ? sedangkan selama ini rakyat Malaysia menikmati kemakmuran dan menghormati adat, budaya dan agama masing-masing.

 

Himpunan Umat Islam ini bukan ancaman. Saya melihat ianya satu bukti siapa sebenarnya berani bersama untuk umat Islam di Malaysia.

 

Sudah tentu PAS Pusat pimpinan Presiden dan Mursyidul Am nya hanya Islam pada nama sahaja !

 

Tahniah Dewan Pemuda PAS !

 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

PETALING JAYA: Pemuda PAS akan mencabar pimpinan PAS Selangor yang melarang ahlinya menyertai Himpunan Sejuta Ummah (Himpun) yang diadakan bagi menentang golongan yang cuba memesongkan akidah umat Islam.

 

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata mereka tidak akan patuh kepada arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin tertentu parti itu.

 

"Kita akan menghadiri acara berkenaan, kerana pimpinan tertinggi PAS tidak ada mengeluarkan apa-apa arahan yang melarang ahlinya daripada menyertai acara tersebut sebagai hak individu berkenaan," katanya sebagai respon kepada pimpinan PAS Selangor yang melarang ahlinya menyertai Himpunan Sejuta Ummah yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam bermula pukul 2 hingga 6 petang Sabtu.

 

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak akan menyertai himpunan tersebut.

 

Bagaimanapun, Hadi tidak mengeluarkan arahan melarang semua ahli PAS daripada menyertai himpunan berkenaa.

 

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata beliau turut menyokong kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang mahu Himpun terlibat dalam perbincangan bersama Jawatankuasa Khas Kabinet Antara Agama bagi mengelakkan kebimbangan masyarakat Islam dalam isu murtad.

 

"Bagaimanapun, perhimpunan tersebut perlu berjalan seperti yang dirancang kerana ia merupakan satu aktiviti untuk memperkuatkan akidah umat Islam.

 

"Himpun boleh mengemukakan usul untuk mengadakan wacana bersama Jawantakuasa Khas Kabinet Antara Agama," kata Nasrudin.

 

1 comment:

  1. Pemuda Pas berada dilandasan kebenaran. Perhimpunan ini menguatkan semangat juang saudara seislam untuk mempertahankan sebarang ancaman terhadap akidah penganutnya. Kepimpinan gereja harus sedar dan serik untuk mengulangi perbuatan sedemikian rupa. Memelihara kesucian islam adalah tanggungjawab semua muslim.

    ReplyDelete