Mahasiswa ghairah ketika membuat kekacauan tetapi akan menangis merayu apabila dikenakan tindakan displin oleh pihak Universiti. Inilah hakikatnya. harapan ibubapa supaya belajar dan membawa pulang segulung ijazah akan dihancurkan dek hasutan pembangkang dengan pendekatan yang salah.
Malah ada seorang mahasiswa dalam tweetnya bangga kerana berada dibarasan hadapan untuk bertempur dengan Polis. Begitu rosak pemikiran mereka kerana politik hasutan pembangkang.
Kerajaan tidak zalim. Setiap bantahan boleh dibuat melalui Persatuan Mahasiswa Universiti yang dipilih secara demokrasi, bukan melalui pertubuhan haram seperti SMM yang menjadi perkakas pembangkang.
Kehadiran pemimpin PKR seperti Tian Chuan, Nurul Izzah dan Shamsul Iskandar menguatkan hujah bahawa PKR adalah dalang menghasut mahasiswa supaya membuat kekacauan. Mungkin ada upah dan saguhati dihulurkan.
Pihak universiti perlu tegas. Tindakan displin wajar dikenakan kerana masih ramai anak muda diluar yang mahu belajar tetapi tiada peluang.
Mahasiswa upahan ini tidak bersyukur dan wajar dijadikan pengajaran.
No comments:
Post a Comment