Minda Hijrah Headline Animator

Monday, October 10, 2011

Bajet 2012 : Pemuda PAS anggap tiada kebaikan

Ntah apa jenis pemikiran yang ada di kepala otak pemuda PAS sehingga Bajet yang diumumkan kerajaan langsung dianggapnya TIDAK BAIK. Ini lah spesis kufur nikmat terhadap pemberian rezeki yang Allah berikan. Sedangkan ramai kalangan Pemuda PAS berlatarbelakangkan agama. Tetapi demi dendam politik, apa sahaja yang kebajikan yang dilakukan kerajaan seolah-olah dianggap perbuatan maksiat bagi mereka.

 

Kalangan Guru dan penjawat awam begitu ramai yang menyokong dan mengundi PAS pada PRU 12. Sudah sampai masanya untuk mereka memikirkan kembali sokongan dan undian.

 

Apakah kamu fikir kerajaan yang bakal ditubuhkan pembangkang jika memang PRU 13 mampu mengubah kehidupan kita dengan lebih baik ? Lihat sendiri dengan sejarah pentadbiran kerajaan BN yang selama ini membuat kebajikan kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu sejak merdeka.

 

Jika bukan kerana dasar kerajaan, terutamanya dasar Ekonomi baru, mana mungkin begtu ramai anak melayu berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah pelbagai bidang sehingga hari ini.

 

Jika bukan kerana dasar Pengswastaan, mana mungkin anak Melayu mampu bergaji tinggi utk menyara keluarga dgn jawatan-jawatan besar di GLC seperti TNB, PLUS dan Telekom.

 

Di mana letaknya kesyukuran kita kepada Allah jika kerajaan BN yang membantu selama ini dianggap ZALIM tetapi sebenarnya telah berjaya membentuk masyarakat Malaysia yang hidup selesa, aman dan makmur terutamanya BANGSA MELAYU.

 

Fikirkan secara waras. PAS, PKR dan DAP akan lakukan apa sahaja demi kuasa politik. Tetapi kerajaan BN juga lah yang selama ini merancang dan melaksanakan pembangunan INSAN dan NEGARA.

 

Lupakan dendam politik kerana apa yang kita nikmati selama ini belum dijamin jika DAP menjadi parti majoriti sekiranya pembangkang berjaya menguasai Putrajaya.

1 comment:

  1. Kepada PAS bonggok memang tak ada kebaikan.. jika ada kebaikan kepada malaun2 PAS aku pon tak sokong budget yg dibentangkan... memalukan kalau untungkan puak2 tu yg tak sedar diri!!!

    ReplyDelete