Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, October 4, 2011

Kelab Chedet - Surat Teguran kepada DS Najib Tun Razak

Assalamualaikum,

 

Saya rasa sudah tiba masanya kita ahli-ahli kelab che det menegur DS Najib agar kelemahan -kelemahan dapat di baiki lagi, memandang jika di pendam akan menjadi racun dan api yang membakar, kerana kita masih sayangkan perjuangan kita mempertahankan Bangsa, Agama dan Negara kita, mungkin DS Najib tidak perasan atau sedang lena dengan 1Malaysia..sedangkan 1Malaysia itu sendiri perlukan kekuatan Bangsa Melayu sendiri dan pertahankan hak2 yg sedia ada . Banyak saya baca komen dari facebook dan forum seolah-seolah DS Najib lebih memberi peluang kepada Bangsa lain untuk membuat sesuatu yang tidak boleh di terima dan boleh mengugat ke amanan negara kita jika di biarkan , Tun M pernah menegur Tunku Abdul Rahman melalui suratnya(cubalah baca), dan Tun M sendiri pernah menegur Pak Lah..dan kita semua pernah menegur Pak Lah melalui tulisan dan serangan di internet ketika Pak Lah lena di buai oleh Menantunya Khairy dan akhirnya Pak Lah sendiri mengakuinya....Saya rasa apa salahnya salahnya kita listkan atau tulis sikit pendapat masing-masing di satukan menjadi Surat yang ikhlas di hantar kelab che det kepada DS Najib...kita menegur dengan bijaksana dan kita harap DS Najib berkongsi dengan kita di atas segala tindakannya itu.Memandangkan saya lihat setiap kali perubahan yang di buat banyak yang sedikit sebanyak bertentangan dengan pendapat kita semua di sini.

 

Sebelum perkara tidak di ingini berlaku atau sebelum nasi sudah jadi bubur..kelab che det boleh bersuara memberi pandangan dengan tulisan-tulisan yang boleh di paparkan di web ini, saya tahu kita semua dah lama berjuang untuk mempertahankan Negara ini, mungkin dengan teknologi Internet kita dapat boleh meluahkan perasaan kita melalui tulisan yang lebih ilmiah bukan dengan cacian dan makian seperti puak2 pakatan rakyat lakukan.Memandangkan kita semua adalah orang terpelajar dan selalu berniat baik demi agama, bangsa dan tanah air ini, biarlah suara kita di anggap kecil , tapi saya yakin kita dah banyak mempengaruhi orang-orang di keliling kita belajar berfikir dan lebih menyanyangi perjuangan ini.

 

Panglima_Malaysia

Forumer Kelab Chedet

 

Sumber dan ulasan lanjut .

http://kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=4481#64100

3 comments:

  1. Selagi PUNAHsihat DSNTR tu masih ade, jangan haraplah PM nak dengar kata-kata org lain.

    Bayangkan Namawee pun PM puji ... habis tu cam no ?

    ReplyDelete
  2. Malaysian Malaysia adalah peti nya 1Malaysia ada lah anak kunci nya..bayangkan apa akan jadi bila anak kuci diserahkan kepada yg berhajat sangat kepada peti itu....Apa nak kata ahli UMNO,pemimpin perengkat negeri atau pusat dah tukarkan Parti UMNO kepada parti ANGUK..semuanya anguk geleng takdak.Kalau ada yg langtang bersuara hanya sekejap tiba tiba sepi membisau...mungkin?.... gendang gendut tali kecapi padat pocket senyap sunyi...ini semua adalah pandangan saya yg tak ahli mana2 parti.

    ReplyDelete
  3. salam,

    siapa PM Malaysia? Najib atau Rosmah?
    siapa PM Malaysia? Najib atau Omar Ong?
    siapa PM Malaysia? Najib atau Idris Jala?
    siapa PM Malaysia? Najib atau panel consultants?

    -zahimi-

    ReplyDelete