Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, October 5, 2011

Kelab Chedet : UMNO lesu..Mati Melayu !!

Oleh Manjb @ www.kelabchedet.com

 

Bagi saya kenyataan Tun Dr Mahathir di Jitra baru-baru ini sangat berasas dan benar. Tahu lalu saya telah cuba 'menyedarkan' pemimpin UMNO dan menghantar artikel ke akbar arus perdana mengenai kelesuan dan sikap mandom ahli dan pemimpin UMNO khususnya di Kedah, tetapi surat itu terbiar begitu sahaja. Kini bila Tun Dr Mahathir bersuara tentu ada sesuatu yang dilihat hingga beliau meramalkan UMNO belum benar-benar dapat mengukuhkan kedudukannya.

 

Ahli dan pemimpin UMNO belum berani berubah dan belum pasti mampu mencapai kejayaan pada PRU akan datang.

 

Sindrom lesu ahli dan pemimpin UMNO masih kelihatan dibanyak negeri dan masih tidak berubah. Jika ahli UMNO masih selesa, riang gembira dan seolah-olah tiada kesan yang terasa tak mustahil juga untuk kita kehilangan Putrajaya. Motivasi ahli UMNo juga terlalu lemah dan pasif. Saya melihat seolah-olah mereka mengharap 'magis' PM dan TPM untuk memenangkan UMNO. Sedangkan masing-masing ada peranan yang boleh digerakan di setiap cawangan. Ahli UMNO amat jauh berbeza dengan ahli PAS atau DAP. Sindrom selesa dan selamat masih berada pada ahli UMNO tanpa mahu berusaha keras. Justeru tidak juga mustahil 'yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran',

 

Umum tahu Parti LDP di Jepun yang lama berkuasa, Parti Kongres di India pernah mengukir jasa dan Golkar di Indonesia juga amat besar pengaruhnya, akhirnya kini dalam catatan sejarah mereka sudah tiada kuasa. Kekalahan ini ada penyebabnya,

Katakan benar biarpun pahit, maka semoga pandangan ini boleh dinilai sebagai satu kejutan yang mungkin patut membuat pendokong parti UMNO yang sedang bersiap sedia berperang di dalam PRU13. Mungkinkah ciri ini ada pada UMNO hari ini ? Jawapan ikhlas ada pada pemimpin dan ahli UMNO diseluruh negara.

 

justeru izinkan saya memberikan kajian yang telah dibuat terhadap parti-parti di luar negara tersebut dan punca kekalahan mereka. Kualiti ahli dan kepimpinan yang disenaraikan adalah sebab dan punca kekalahan mereka. Sebaliknya parti yang menang mempunyai ciri sebaliknya. Antara kualiti dan ciri yang menyebabkan kekalahan tersebut ialah:

 

 

Memiliki ahli parti yang tidak setia terhadap keputusan parti

 

Tidak tahu sejarah parti dan tidak ada ilmu bagaimana mempertahan parti atau mempengaruhi orang menyokong parti mereka

 

Sanggup bersekongkol dengan pihak lain kerana menentang keputusan parti kerana tidak puashati

 

Tidak memiliki kualiti sebagai ahli yang sanggup berjuang dengan ikhlas dan sukarela

 

Pentingkan diri sendiri dan orang terdekat dari orang lain yang patut diberikan perhatian

 

Tiada budaya membaca khususnya isu-isu semasa atau melanggan akhbar utama

 

Mengharapkan ganjaran wang ringgit dan habuan lain bagi mengerakkan kerja-kerja parti

 

Sentiasa bertanya dan mengharap habuan jika pemimpin turun padang

 

Menokok tambah cerita keburukan parti mereka dan tidak mempunyai ilmu atau pengetahuan yang dapat mempertahankan parti mereka

 

Ahli yang terpelajar dan berpendidikan tinggi terpinggir dan tidak dipelawa atau dirayu sebagai pemain utama di dalam parti

 

Golongan idealis sering diangap penentang dan cuba disinggirkan melalui pelbagai cara

 

Yang memegang jawatan berlumba-lumba untuk menjadi calon dan program yang dibuat lebih untuk menonjolkan diri sendiri kepada pihak tertentu.

 

Pemimpin syok sendiri menjalankan berbagai program tetapi tiada impak kerana kualiti serta pengisian program langsung tidak menambat hati ahli untuk menyayangi parti sepenuh hati.

 

Ramai yang dengki dan menjadi batu api dalam mengagalkan program parti sendiri dengan menyatakan perkara buruk dan bukannya

menyatakan sokongan atas usaha yang dibuat oleh AJK mereka. Sikap berterima kasih dan mengucapkan penghargaan jarang menjadi budaya ahli parti sebaliknya kekurangan akan dijadikan isu untuk mematikan semangat rakan-rakan.

 

Semua program yang dijalankan memerlukan perbelanjaan besar tetapi yang untung adalah orang yang menganjurkan program sebaliknya matalamat menjana ahli yang berkualiti gagal dicapai

 

Kebanyakkan mesyuarat peringkat akar umbi membincangkan perkara remeh temeh seperti projek yang mengenyangkan perut. Isu dan agenda agama, bangsa dan negara atau program yang memberikan pembangunan jiwa tidak menjadi perhatian

 

Mesyuarat dihadiri lebih ramai kaum wanita dari kaum lelaki

 

Pemimpin tidak tahu berucap dan bersyarah atau memainkan isu yang utama

 

Seorang pujangga (Hamka) pernah berkata, bangsanya (Indonesia) memiliki cukup sifat dan ciri-ciri untuk menjadi bangsa yang bangkrap kerana banyak elemen negatif yang ada pada mereka. Kita mungkin bersetuju jika kita melihat perilaku bangsa itu sekarang. Maka pandangan ini juga saya tujukan kepada semua kepimpinan UMNO untuk lebih bersiap sedia dan jangan terlalu yakin ibarat tajuk lagu Headwind 'Segalanya Berkemungkinan'.

 

 

Penulis manjb @ Cr. LUKMAN MOIDIN adalah blogger dan Forumer Kelab Chedet

Petikan dan ulasan di http://kelabchedet.com/modules.php?name=News&file=article&sid=684

1 comment:

  1. mana tak lesu jika politik UMNO bahagian lebih dasat lagi. tikam belakang demi jawatan

    ReplyDelete