Nama Namewee kembali hangat di pasaran minggu lalu apabila mengeluarkan video klip maki hamun dan kata-kata kesat terhadap Utusan
Namewee secara terbuka menyatakan bahawa filem arahan nya itu bersandarkan kepada konsep 1Malaysia dan mendapat reaksi positif daripada Perdana Menteri sendiri. Namun begitu, jika dilihat di blog-blog dan portal -portal pro kerajaan, majoriti mereka begitu marah dengan tindakan DS Najib yang memberi reaksi positif terhadap Namewee yang telah mencetuskan kemarahan orang Melayu sebelum ini termasuk sindiran nya terhadap lagu kebangangaan NEGARAKUKU, azan, perempuan yang bertudung dan juga isu guru besar Siti Inshah dengan lagu yang mengunakan bahasa kesat dan kotor.
Kalangan blogger dan forumer portal pro kerajaan berpendapat DS Najib tidak sewajarnya melayan karenah Namewee. Pengarah filem Mamat Khalid juga memberi pandangannya di blog beliau. Dan perkara seumpama ini wajar menjadi perhatian Pegawai Media dan Penasihat di JPM.
Nampaknya muslihat Namewee yang mengikut arus politik
Kita ragu muslihat yang dilakukan oleh Namewee dan kita harap Kerajaan dan DS Najib sendiri berhati-hati dalam menangani isu Namewee.
Sekadar teguran - Jangan biarkan hati pengundi setia kalangan orang Melayu terluka kerana mereka yang terus membenarkan UMNO dan BN terus berkuasa.
No comments:
Post a Comment