Aziz Bari ni sebenarnya tidak layak digelar sebagai "PAKAR" Perlembagaan pun walau pun dia memang suka bercakap tentang perlembagaan negara. Sebagai rakyat dia memang berhak mempunyai pendapat peribadi sendiri namun pendapat dia tu tidak mempunyai autoriti dan tidak mengikat mana-mana keputusan mahkamah.
Sebagai ahli akademik, kerja mereka memang suka mengajak pelajar berfikir diluar kotak dan tidak terikat dengan pendapat konvesional saja. Jika orang ramai berpendapat itu adalah huruf "A", mereka tentu akan bertanya kenapa ia tidak dilihat sebagai huruf "V" yang mempunyai palang yang terbalik??
Lebih-lebih Aziz Bari yang sememangnya suka bersekongkol dengan pembangkang sudah tentu pendapat dia lebih memihak kepada pembangkang. Jika dia anggap kenyataan Sultan ini tidak memihak kepada Menteri Besar Pembangkang, sudah tentu dia mahu memberi pendapat sebaliknya atas nama kebebasan bersuara.
Namun dia kena ingat dalam apa jua perkara kebebasan bersuara itu mempunyai hadnya. Jika sesaorang itu diberi kebebasan mutlak untuk bersuara sudah tentu ada pihak yang berani mengkritik agama Islam dengan membangkit berbagai isu yang menyesatkan agama Islam. Islam tidak menegah perbezaan pendapat dikalangan ummah tetapi demi perpaduan ummah setiap rakyat perlu mematahui apa yang diputuskan oleh pemerintah dan mengenepikan pendapat peribadi mereka.
Jika pemerintah yang diketuai Sultan sebagai ketua agama memutuskan hanya amalan Ahli Sunnah Waljamaah saja yang boleh diterima pakai di negara ini maka sebagai rakyat kita perlu patuh dengan apa yang diputuskan oleh ketua agama itu. Keputusan itu bukan lagi menjadi hak peribadi ketua agama ini tetapi menjadi hak pemerintah untuk melaksanakan hukuman kepada siapa saja yang engkar.
Maka itu pemerintah berhak menghukum orang seperti Aziz Bari ini. Apa lagi dia makan gaji dengan pihak pemeritah seperti mana para hakim yang terpaksa mengenepikan pendapat peribadi mereka melainkan mendahulukan tafsiran mengikut khendak undang-undang itu sendiri.
Tetapi kita heran bagaimana orang seperti Aziz Bari ini boleh ditatang hingga ada pihak yang sudi menggelar dia sebagai "PAKAR", bagi aku dia hanya layak digelar sebagai"Pakar Tahi Kucing" yang hanya suka melihat duit syiling disebelah muka yang dia suka saja, muka yang dia tak suka dia tak mahu tengok.
Ulasan oleh Nordin, Exco Kelab Chedet.
Petikan dan perbincangan lanjut di portal Kelab Chedet.
No comments:
Post a Comment