Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, September 27, 2011

Isu Hudud - DAP & PKR rancang kurangkan kerusi Parlimen dan Dun PAS

Sumber berita yang baru diterima tadi antara lain menyebut pemimpin DAP & PKR sudah memulakan perancangan untuk mencatur kedudukan parti masing2 bagi menghadapi PRU13 nanti. Terkini, antara strategi yang bakal digunakan ialah dengan mengambilalih beberapa kerusi Parlimen dan Dun yang diperuntukan kepada PAS. Ini sekaligus akan mengurangkan pertikaian dan pertindihan kerusi antara PKR & DAP seperti mana yang berlaku di Johor.
 
Alasan Hudud digunapakaikan selain kecaman Nik Aziz terhadap pemimpim pembangkang dianggap boleh mengurangkan sokongan majoriti rakyat terhadap mereka. Strategi licik ini dilihat akan mengurangkan pengaruh PAS yang terus menjadi golongan minoriti dalam pakatan pembangkang.
 
Kawasan yang menjadi tumpuan sudah pasti Selangor, Perak dan Johor. Beberapa kerusi DUN yang di tandingi oleh PAS di Penang juga bakal diserahkan kepada PKR.
 
Bagi memastikan perancangan jahat ini tidak ketara, PAS akan diberi majoriti kerusi Parlimen & Dun yang menjadi kubu kuat UMNO yang mana peluang kemenangan adalah tipis.
 
Manakala di pihak PAS pula, sumber berita menyatakan bahawa PAS akan menggunakan pengaruh Timbalan Presiden Mat Sabu yang rapat dengan pimpinan DAP bagi mencapai kesepakatan pengagihan kerusi yang berpihak kepada PAS berbanding PKR. Umum mengetahui hubungan Mat Sabu yang tidak pernah baik dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
 
Semakin hampir PRU 13 semakin menarik percaturan tiga parti dalam pakatan pembangkang yang jelas berlainan idelogi. Berbeza dengan Barisan Nasional yang percaya perkongsian kuasa antara kaum adalah sumber kekuatan untuk mentadbir kerajaan Malaysia sejak merdeka dalam keadaan AMAN & MAKMUR.

1 comment:

  1. tahniah la nicky..berjaya melaga2kan manusia dimuka bumi ini..well done..

    ReplyDelete