Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, September 27, 2011

Isu Hudud - Nik Aziz punca perpecahan dalaman PAS dan PR

Ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia, pemimpin PAS menganggap bahawa beliau tidak akan melepaskan kuasa dan meletak jawatan. Kata ringkas nya Tun Mahathir dikatakan mahu kekal jawatan PM sehingga akhir hayat.
 
Dengan kuasa Allah, Tun Mahathir meletak jawatan pada tahun 2002 dan pada masa yang sama PAS masih mengekalkan MB Kelantan sehingga sekarang. Tohmahan dan penghinaan kepada Tun Mahathir kini terkene batang hidung sendiri. Sehingga ke saat ini, tidak terdetik di hati Nik Aziz untuk melepaskan jawatan dan kuasa yang ada di tangannya sehinggakan pernah berlaku isu menantu beliau, Ariff Fahmi terlibat dalam salah guna kuasa. Akhirnya akibat tekanan masyarakat, menantu Nik Aziz meletak jawatan.
 
Dan hari ini, ternyata Nik Aziz menjadi bebanan kepada politik PAS. Dari isu 'kerajaan perpaduan' dimana Presiden PAS, Hadi Awang dan Timbalannya ketika itu, Ustaz Nasha ditempelak oleh Nik Aziz mengheret kepada perbalahan antara PAS Kelantan dgn PAS Terengganu.
 
Terkini dalam isu Hudud nampaknya Nik Aziz ternyata keseorangan apabila Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak, bekas Menteri Perak, Nizar Jamaluddin dan pemimpin PAS Selangor termasuk Halid Samad dan Dr Dzulkifli Ahmad tidak menyokong perlaksaan hudud di negeri - negeri dibawah Pakatan Pembangkang selepas PRU 12.
 
Nik Aziz masih berdegil dan terus menyerang rakan2 nya dari pembangkang terutamanya DAP mengakibatkan satu arahan tutup mulut dikeluarkan termasuk keatas Nik Aziz sendiri.
 
Pemimpin2 DAP & PKR sudah mula menyuarakan rasa tidak senang terhadap Nik Aziz & PAS berkaitan isu hudud melalui FB & Twitter dengan mempersenda hukum Hudud ciptaan PAS Dan PAS seperti biasa mencari jalan keluar dengan menyalahkan pihak yang tiada kaitan dalam isu ini iaitu UMNO & BN.
 
Pemimpin & Penyokong PAS sedar bahawa MB Kelantan sudah tidak relevan lagi dalam arus politik perdana. Doa mereka terhadap Tun Mahathir kini terpalit ke muka sendiri.  

No comments:

Post a Comment