Ketika tidak berkuasa, Pakatan Pembangkang begitu ghairah menyalak keliling dunia supaya mereka diberi kesempatan utk mentadbir dan peluang telah tiba pada PRU 12. Kini setelah lebih 3 tahun memerintah, Selangor negeri termaju di Malaysia segala yang dijanjikan ternyata palsu. Malah pentadbiran kerajaan negeri Selangor semakin huru hara kerana diketuai oleh Menteri Besar yang tidak boleh membezakan antara pentadbiran korporat dan pentadbiran kerajaan.
Lebih teruk lagi, Pakatan Pembangkang lebih ghairah dan berminat menjaja cerita politik sepanjang masa dari mentadbir kerajaan dan terbaru memperlihatkan pergolakan pentadbiran UNISEL sehingga mendapat perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Antara titah Baginda Sultan: "Beta tidak berkenan orang-orang politik atau orang luar yang tidak ada kena mengena dengan universiti ini dijemput memberi ceramah politik atau syarahan politik di dalam kawasan Universiti Selangor"
Diharapkan TS Khalid Ibrahim dapat mendengar titah Sultan dengan baik dan jelas. Jangan buat pekak telinga. Dan sampaikan kepada Exco-Exco dan ahli politik Pakatan Pembangkang.
Berhentilah dari melacur dan memperjudikan nasib pelajar demi kepentingan politik !
No comments:
Post a Comment