Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, August 10, 2011

JAIS, Zakat, Gereja dan Iblis di bulan Ramadhan

Saya mengikuti perkembangan isu kunjungan JAIS ke atas Gereja yang mana sekumpulan umat Islam dijemput utk memberi bantuan. Pelbagai hujah dilemparkan oleh ramai pihak. Perkara ini juga menarik minat kelab Chedet dalam perbincangan sessi TT kami Jumaat lalu. Ada beberapa perkara yang dapat saya terima dan simpulkan termasuk hujah-hujah yang dilemparkan oleh Dr Maza.
 
1. Seperti mana yang dibincangkan oleh kami di Kelab Chedet dan hujah yang dibentangkan oleh Dr. Maza, perkara pokok kepada permasalahan ini ialah Pengurusan Zakat. Tidak dinafikan sumbangan Zakat kepada pembangunan ekonomi Islam selama ini di Malaysia cuma pengurusan Zakat masih ada banyak ruang untuk dibaiki.
 
Masalah birokrasi untuk mendapat bantuan harus lah dikaji semula. Yang paling penting bagaimana wang Zakat boleh membantu umat Islam keluar dari kepompong kemiskinan dan mampu berdikari. Bukan setakat hanya bantuan jangka masa pendek yang tidak mampu menyelesaikan masalah kemiskinan. Bak kata pepatah cina "Give me a fish and I eat for a day. Teach me to fish and I eat for a lifetime."
 
2.. Saya tidak nampak dimana kesalahan bagi umat Islam yang hadir menerima bantuan dari pihak Gereja yang menganjurkan majlis amal. Dan setakat ini tiada cerita kurang enak tentang majlis berkenaan terutamanya tentang makanan yang dihidangkan semasa berbuka puasa. Saya percaya pihak Gereja di Malaysia lebih sensitif tentang adab resam orang Melayu dan Islam sebab ianya adalah budaya Malaysia yang kita amalkan dari generasi terdahulu.
 
3. Saya juga tidak nampak ada kontrovesi disebalik kunjungan JAIS. Sudah tentu sebagai pihak berkuasa Islam, menjadi tanggungjawab jawab JAIS bagi memelihara kepentingan berkaitan dengan penganut Islam.
 
Bukan kah lebih baik kita semua berfikiran positif dan mengelakkan buruk sangka :  Pihak gereja memberi bantuan kepada orang-orang yang susah tanpa mengira bangsa dan agama.  Manakala kunjungan JAIS lebih kepada mempertahankan kepentingan penganut Islam yang menghadiri majlis tersebut.
 
Sikap curiga dan buruk sangka sebenarnya amat jarang wujud di kalangan kaum dan agama di Malaysa tetapi ianya semakin menjadi parah apabila semua perkara mahu diPOLITIKkan. Politik kini sudah menjadi syaitan/iblis yang membisik ke telinga bagi tujuan menghasut sedangkan isu-isu ini mampu diselesaikan dengan cara jauh lebih baik.
 
Saya sangkakan Iblis sedang dirantai di bulan Ramadhan, malangnya semakin ramai Iblis-Iblis yang berkeliaran menghasut ke arah perpecahan, bukan sekadar sesama Islam sahaja tetapi juga antara kaum dan agama yang lain.
 
Dan Ini adalah kejadian yang betul-betul malang.
 

1 comment:

  1. Bismillahhirrahmannirrahim.

    Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.

    Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

    Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

    Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

    Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
    hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

    Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

    Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

    Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

    Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

    Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
    Mereka berkata:
    Siapakah Tuhan kamu?
    Siapakah Nabi kamu?
    Apakah agama kamu?
    Apakah kiblat kamu?
    Siapakah saudara kamu?
    Apakah pegangan iktikad kamu?
    Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

    Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

    Hendaklah kamu jawab begini:
    Allah Taala Tuhanku,
    Muhammad nabiku,
    Islam agamaku,
    Al-Quran ikutanku,
    Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
    Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“.

    Wahai SAYA Bin IBU SAYA, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

    Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

    Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

    Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
    Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

    Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada-Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

    Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

    “kullu nafsin za iqatul maut“
    - Setiap yang Bernafas, Pasti akan Mati -

    ReplyDelete