Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, August 23, 2011

Skrip Bersumpah - MP PKR Ampang Zuraida masih gagal kemukakan Bukti

Wakil Rakyat Ampang, Zuraida dari PKR minggu lalu telah membuat kenyataan bahawa wujudnya 'Skrip Bersumpah' utk warga asing yang menjalankan proses pemutihan biometrik. Setakat hari ini, tiada pihak termasuk dari kalangan pembangkang sendiri menyokong fitnah yang dilontarkan oleh Zuraida terhadap KDN.
 
Malah janji Zuraida utk mengemukakan bukti masih boleh ditunaikan. Mungkin beliau sedang sibuk utk merekacipta bukti setelah gagal menyakinkan rakyat tentang berita palsu ini.
 
Ini kerja sebenar wakil rakyat dan pemimpin PKR - merekacipta bahan cerita yang sensasi untuk menjatuhkan kredibiliti bukan sahaja parti pemerintah UMNO dan BN tetapi juga Agensi dan Jabatan Kerajaan pun nak difitnah mereka.
 
Sudah lah kisah cincin RM24 juta milik Rosmah ciptaan PKR  ternyata PALSU dan tidak betul. Ini lagi sebuah kisah dongeng tayangan terbaru PKR yang nyata juga PALSU dan tidak betul.
 
Memang benar kata rakan, antara ciri-ciri kepimpinan PKR yang wajib ada ialah bijak membuat cerita fitnah dan pandai mensensasikannya. Kita juga perlu bijak menilaikan pembohongan mereka.
 
 

No comments:

Post a Comment