Apabila Perdana Menteri DS Najib mengumumkan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) dalam usaha menambah baik proses pilihanraya, ramai kalangan pemimpin pembangkang terkejut dengan sikap keterbukaan kerajaan yang bersedia utk melakukan perbincangan dan perubahan yang diperlukan dalam usaha menyuburkan proses demokrasi di Malaysia. PSC yang bakal ditubuhkan akan dianggotai 9 wakil rakyat terdiri dari 5 wakil parti kerajaan, 3 wakil parti pembangkang dan 1 wakil rakyat bebas.
Seperti yang dijangkakan, pembangkang enggan mengiktiraf dan menghormati penubuhan jawatankuasa khas parlimen. Lebih malang lagi apabila pembangkang mahukan peranan pertubuhan haram Bersih yang mencetuskan huru hara di KL pada 9 Julai lalu. Ini membuktikan bahawa pembangkang mempersetankan suara majoriti rakyat dan fungsi Parlimen berbanding dengan kumpulan kecil yang turun membuat kecoh ke jalan raya.
Persoalannya, adakah Pembangkang lebih berminat dengan demonstrasi dan rusuhan di jalanraya daripada perbincangan di Parlimen ? Kenapa perlu pembangkang memperlekehkan usaha kerajaan yang bersedia berbincang secara aman yang melibatkan wakil rakyat yang sah dan lebih berminat dengan pertubuhan haram seperti Bersih dan pemimpin anti Islam Ambigga?
Majlis Peguam (Bar Council) sendiri bersetuju dgn langkah kerajaan mengunakan saluran yang betul di Parlimen menyebabkan pemimpin pembangkang lemas. Rakyat sudah muak dengan politik murahan yang dianjurkan pembangkang dan kumpulan pro demontrasi jalanan.
Perbincangan belum dimulakan lagi, tapi pembangkang berfikiran sempit menolak mentah-mentah. Lebih menakutkan apabila ada kalangan pembangkang seperti Pemuda PAS sendiri mengugut utk membuat demontrasi jalanan semata2 utk menarik perhatian sedangkan pintu perbincangan terbuka.
Jika apa sahaja perbincangan aman dan terbuka pun pembangkang enggan mengambil bahagian, bayangkan jika mereka jadi pemerintah, sudah tentu pemerintahan kuku besi ala Anwar Ibrahim dalam PKR dan Dinasti Lim dalam DAP bakal diterapkan. Suara Rakyat akan mereka persetankan.
No comments:
Post a Comment