Serangan atas JAIS yang dipelopori oleh chauvinis anti Melayu Islam nampaknya membuahkan hasil apabila parti suruhan mereka iaitu khawarij PAS terus bertindak menyerang pihak berkuasa Islam yang dibawah kuasa kerajaan campuran DAP-PKR-PAS sebagai barua parti pemerintah dan segala apa yang berlaku adalah dirancang oleh UMNO. Tuduhan melampau ini adalah sebahagian perancangan licik golongan Islam khawarij seperti PAS bagi menjaga hati rakan mereka dari DAP dan PKR.
Tidak memeranjatkan apabila PAS berdiam diri apabila DAP secara langsung menuduh pihak berkuasa Islam seperti JAIS bertindak ala GESTAPO ketika kejadian di gereja HARAM DUMC berlaku.
Menurut sumber tidak rasmi, begitu ramai kalangan penyokong PAS tidak berpuashati dengan kenyataan DAP itu. Sudah mula kedengaran penyokong PAS yang bakal memboikot PRU13 terutamanya di Selangor kesan dari layanan teruk dari pemimpin sekular mereka seperti Khalid Samad terhadap Exco Kerajaan Negeri Hal Ehwal Islam Datuk Hasan Ali.
Hari ini pula secara tiba-tiba ibupejabat DAP Penang telah terbakar. Melihat kepada komen-komen di laman sosial FB dan laman portal berita Malaysiakini, nampak sudah tentu para penyokong pembangkang menunding jari dan menuduh bahawa perbuatan ini dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional. 'Phywar' yang digunakan nampak berjaya dan kita percaya bahawa terdapat unsur-unsur diluar jangkaan berikutan rentetan beberapa peristiwa yang tidak memihak kepada DAP dan pembangkang. Perbuatan khianat sedemikian rupa boleh dilakukan dengan sendiri untuk menguatkan kenyakinan penyokong dan melemahkan parti lawan.
Tidak mustahil dan memang tidak mustahil bahawa kejadian di ibupejabat DAP itu adalah sebahagian perancangan pihak mereka sendiri. Dan kita mengharapkan pihak Polis menjalankan siasatan segera.
Nampaknya sebahagian dari perancangan politik berbaur perkauman dan pencemaran syariat Islam telah berjaya dilaksanakan oleh golongan chauvinis Anti Melayu Islam. Lupakan dendam politik. Perjuangan Rasullulah yang menghadapi kesusahan dan keperitan hidup semasa menghadapi golongan anti Islam sewaktu perang Khandak wajib menjadi pengajaran kepada kita. Kita sedang diuji dan bersama kita wajib mempertahankan kerajaan Islam yang ada dari jatuh ke tangan mereka dan pembantu Islam sekular yang ada.
No comments:
Post a Comment