Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, June 2, 2011

Dewan Ulamak PAS mahu Ulamak terajui PAS - Mat Sabu semakin TENGGELAM

Abang Mat tentu angin satu badan andai mendengar atau membaca laporan ucapan Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib. Harapannya semakin tipis. Harun Taib mahu PAS diterajui Ulamak Haraki.

Abang Mat yang masih berangan mahu menjadi pemimpin nombor 2 PAS menerima tamparan hebat dengan kenyataan Ketua Dewan Ulamak PAS itu yang mahukan golongan Ulamak menguasai kepimpinan tertinggi PAS.

Sedangkan Abang Mat yang dikatakan pemimpin popular atau pemimpin akar umbi disokong kempennya oleh Malaysiakini mungkin hanya dianggap Penghibur @ Pelawak di setiap ceramah PAS oleh sebahagian besar pimpinan PAS.

Petikan Malaysiakini
Dalam ucapan itu juga, Harun turut mempertegaskan bahawa bahawa gerakan Islam seperti PAS akan sentiasa didokong oleh 'Ulama Haraki'.
Harun mentakrifkannya sebagai "golongan yang memiliki ilmu agama, melaksanakan amanah perjuangan, sabar dan tidak sekali-kali berhenti daripada melaksanakan jihad dalam harakah Islam.
"Parti Islam Semalaysia (PAS) yang berdiri di atas paksi kepimpinan ulama, perlulah memiliki tenaga alim ulama yang setia dan bergerak cergas sama ada di peringkat atasan seperti Syura, ahli jawatankuasa harian, ahli jawatankuasa kerja, mahupun para pengurusan ulama di peringkat negeri atau kawasan," katanya.
Sehubungan itu, dari sudut organisasi, Harun berkata pucuk tertinggi parti perlulah disokong oleh para pembantu atau 'orang kanan' yang turut memiliki kualiti sebagai 'ulama haraki'.

Lebih dari itu, Harun Taib memperingatkan PAS terutamanya kepada abang Mat yang terlalu meraikan sahabat baiknya dari DAP iaitu YAB Ketua Menteri Penang supaya tidak terlalu mengikut rentak mereka.

Sememangnya abang Mat semakin hilang identiti PAS sejak berkawan dengan DAP. Tajuk teks ucapan "Ulama Haraki Teraju Kemenangan" pun sudah boleh membuat perwakilan PAS berfikir dua kali untuk mengundi abang Mat.

Petikan Malaysiakini
Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengingatkan kepimpinan PAS supaya tidak terlalu mengikut "rentak" pihak tertentu, termasuk dalam Pakatan Rakyat dalam usaha memelihara parti Islam itu.
Katanya, beliau bimbang PAS akan kehilangan identiti dan jatidiri Islam yang menjadi dasar parti itu.
"Kepimpinan PAS tidak boleh membiarkan PAS kehilangan identiti dan jati diri Islam semata-mata kerana terlalu meraikan kehendak pihak-pihak lain termasuk rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
"PAS dinamik dalam menangani perubahan tanpa mengorbankan al-thawabit (pendirian).
"Tidak ada kompromi dalam soal hukum halal dan haram yang telah dinyatakan secara sarih (jelas) dan nyata dalam Al-Quran dan al-Sunnah," kata Harun.
Nasib lu la Abang Mat. Semoga Berjaya  :)

No comments:

Post a Comment