
"Mereka nak bayar saman tetapi sistem tergendala kerana ramai sangat nak bayar masa itu. Jadi untuk mereka yang ikhlas dan jujur untuk membayar saman tetapi tidak dapat membayar dalam dua ke tiga hari lalu, jadi kita buat keputusan untuk memanjangkan tempoh 10 hari lagi," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.
Sejak Ogos tahun lalu kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak, termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenarai hitam pesalah juga ditangguhkan.
Bagaimanapun, hanya 1.5 juta saman diselesaikan pesalah trafik dalam tempoh seminggu sehingga tengah malam semalam, iaitu tarikh akhir diskaun yang ditawarkan polis.

Sehubungan itu, Hishammuddin mengingatkan pesalah trafik yang belum menjelaskan saman masing-masing untuk berbuat demikian sepanjang tempoh lanjutan itu untuk mengelakkan kenderaan masing-masing daripada disenarai hitam.
Katanya proses pembayaran dalam tempoh lanjutan ini akan dipantau dengan teliti.
Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai pertikaian kesahihan kesalahan pula dinasihatkan membuat rayuan serta mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa.-Malaysiakini-
kerajaan yang berbuat 'Rakyat didahulukan'
ReplyDeleteLanjut bukan sebab nak bagi peluang, tapi sebab dana saman tak capai 'target' wat peruntukkan PRU dan belanja pelbagai puak-puak kat atas tu kan...dah jemu dah -sector.q28@gmail.com-
ReplyDelete