Inilah kelebihan Anwar Ibrahim dan PKR. Hanya pandai cakap sahaja. dan bijak mencari kesalahan pihak lain. Dan HarakahDaily yang kononnya TEPAT DARI SUMBER pun ditipu hidup-hidup oleh PKR.
Kalau benar Majlis Pelancaran Buku Jingga oleh PKR Wilayah pun dengan mudah dipermainkan, adakah PKR serius menjayakan Buku Jingga ataupun ianya benar-benar RETORIK yang menyedapkan halwa telinga selepas janji 16 September ke Putrajaya ternyata satu pembohongan.
Fikir-fikirkan lah ......
Surat Pembaca kepada portal MI & FMT
March 01, 2011
1 MAC — Mengikut petikan berita dari HarakahDaily, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan akan melancarkan Buku Jingga pada 8.00 malam, 26 Februari 2011 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Bharu, Kuala Lumpur.
Klik gambar untuk melihat imej lebih jelas |
Pada petang Sabtu lepas, saya telah bertolak dari Sg. Ramal, Kajang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis tersebut. Sebagai seorang aktivis Pakatan Rakyat, saya amat berminat untuk mendalami Buku Jingga.
Walaupun telah mentelaah Buku Jingga di internet, saya berharap agar penjelasan secara terus daripada pemimpin-pemimpin tertinggi PR akan lebih berkesan. Buku Jingga dicanangkan sebagai satu platform penting PR untuk PRU-13 akan datang. Dengan pengetahuan meluas mengenai Buku Jingga, saya berharap dapat mentarbiyahkan orang lain tentang zat-zat Buku Jingga.
Malangnya, apabila sampai di Kelab Sultan Sulaiman saya telah diberitahu oleh seorang pelayan restoran di kelab tersebut yang majlis telah dibatalkan. Saya merasa amat sedih kerana tiada notis pembatalan dikeluarkan. Saya yang bersusah payah datang dari Kajang terasa macam kena kencing.
Dalam kehampaan, berbagai-bagai persoalan timbul di kepala tentang sebab-sebab majlis tersebut dibatalkan. Mungkin benar desas-desus yang mengatakan jentera PKR telah lumpuh akibat kepimpinan pusat yang tidak berkeruan. Badan negeri dan cabang PKR tidak berupaya menganjurkan sebarang majlis atau aktiviti. Sejak kebelakangan ini, Anwar Ibrahim terpaksa bertenggek di atas platform PAS untuk berceramah.
Mungkin Buku Jingga tidak mendapat respons yang diharapkan daripada rakyat. Rakyat tidak yakin PR dapat menunaikan janji-janji yang disaji dalam Buku Jingga. Rakyat membuat kesimpulan sedemikian berdasarkan prestasi buruk kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh PKR.
Mungkin PAS dan DAP tidak berapa komited dengan Buku Jingga. Sokongan yang diberi oleh PAS dan DAP setakat ini hanya melepaskan batuk di tangga. PAS dan DAP tidak memberi kerjasama untuk menyertai majlis-majlis penerangan Buku Jingga, hanya PKR yang hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
Walau apa pun sebab-sebab pembatalan majlis tersebut, yang membuat saya amat terkilan ialah tiada pemberitahuan tentang pembatalan telah dikeluarkan. Saya telah membuang wang dan masa untuk pergi ke Kuala Lumpur. PKR tidak prihatin dengan aktivis bawahan seperti saya.
Cara lewa PKR menganjur dan membatalkan majlis tersebut mencerminkan cara lewa PKR kepada janji-janji yang terkandung dalam Buku Jingga.
* Raja Azmi Raja Azman adalah pembaca The Malaysian Insider.
Salam....
ReplyDeletekalau Buku Jingga terus nak dilancarkan juga... jgn lupa prepare 'Plan Pinjamman Tabung IMF'. kerana sudah pasti bantuan IMF akan menyusul....
Kalau dulu menang Timb Presiden UMNO pun hasil kerja Rasuah Politik.. Duit bertaburan di pelusuk cerok, mesti pilih anwar ibrahim.... dari peringkat cawangan sampailah ke perwakilan.
semua dirasuah.... semua terpedaya oleh peliwat...
peliwat bangsa...peliwat agama....peliwat tanah air.