Minda Hijrah Headline Animator

Friday, March 11, 2011

Saifuddin ugut BALUN blogger kini terus diBALUN

 "Jangan Sampai I Balun U All Blogger, Tunggu masa je"

Ini ungkapan yang membangkitkan kemarahan para bloggers sehingga Datuk Saifuddin Abdullah (DSA) terus diBALUN . Mungkin ramai yang tertanya pendirian saya dalam isu ini apabila saya bertindak menghadirkan diri dalam Majlis bersama Bloggers oleh DSA Khamis malam sekaligus mencetus kontroversi kepada rakan blogger Anuar Mohd Nor yang turut hadir semata-mata untuk menemani saya.

Dalam majlis tersebut, soalan berkaitan 'BALUN' telah ditanya 3 kali ... saya ulang 3 kali oleh 3 orang yang berlainanan. Dan DSA menafikan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan.

 Jika ada pertanyaan siapakah yang saya lebih percaya ? Sudah tentu saya lebih percayakan Papa Gomo berbanding dengan ahli politik seperti DSA. Sebab nya mudah kerana saya lebih kenal Papa Gomo sebagai kawan berbanding dengan DSA yang baru kali pertama saya jumpa secara live dan saya dengar sendiri cerita Papa Gomo melalui beberapa panggilan telefon.

Tambahan pula banyak perkara yang saya tidak setuju dengan DSA terutamanya berkaitan AUKU dan kebebasan Mahasiswa berpolitik. Ini kerja gila, Bayangkan kalau AUKU masih ada pun Mahasiswa berani merusuh sehingga merosakkan harta kerajaan seperti yang berlaku di UPM & UKM, apa yang akan berlaku jika AUKU dipinda untuk memberi kebebasan berpolitik?

Ikuti pandangan rakan forumer Kelab Chedet berkaitan Saifuddin Abdullah

Setakat ini dulu. Bersambung nanti

2 comments:

  1. Menteri pengajiam tinggi mungkin pandai tapi kurang bijak....

    ReplyDelete
  2. Menteri KPT sebenarnya cuba utk menarik rambut dlm tepung. Sebab tu dia senyap. Klu tgk balik, Saipuddin ni takde kerja, nyibok je kat KPT tuuuu dgn penasehat utamanya Kassim Patalan yg besar spt beruang kutub itam.....

    ReplyDelete