Saya menerima sms dari rakan tentang satu pertemuan yang akan diadakan antara Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah dengan bloggers. Dipercayai pertemuan ini dilakukan ekoran satu insiden yang berlaku di kerdau yag melibatkan kenyataan terbuka beliau terhadap blogger Papa Gomo dan rakan-rakan. Dan kisah ini menjadi topik panas di twitter selain dari keputusan PRK Kerdau & Merlimau.
Lanjutan dari insiden itu, kalangan bloggers tersohor mula menyerang Saifuddin Abdullah dan satu per satu kisah peribadi dan cerita sensasi dibongkarkan.
Saya tidak mahu mengulas panjang cuma mahu mempersoalkan tindakan yang telah dilakukan dan kebijaksaan beliau dalam isu panas ini. Memang ada banyak perkara yang saya tidak berkenan dengan kenyataan-kenyataan beliau terutamanya yang melibatkan pemansuhan AUKU dan penularan pengaruh pembangkang yang semakin hebat meracun pemikiran mahasiswa.
Saya akan hadir malam ini sebagai blogger dan Exco Kelab Chedet untuk mendengar sendiri apa yang mahu dikatakan oleh beliau. Selalunya manusia lupa 'Terlajak Perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa'
No comments:
Post a Comment