Minda Hijrah Headline Animator

Monday, February 7, 2011

TERKINI - Adun Sri Muda didakwa di Mahkamah, Wang ikat Jamin RM8,000

Adun Pakatan Rakyat dari PKR didakwa di Mahkamah Seksyen Shah Alam dibawah Akta Hasutan kerana artikel berbaur hasutan di blognya yang mempersoalkan kuasa Sultan dalam isu perlantikan SUK Selangor.

Petikan dari Malaysiakini.



ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan menyiarkan artikel berbentuk hasutan dalam blog peribadinya.

Beliau didakwa mempersoalkan kuasa Sultan Selangor dalam blog pada 30 Disember tahun lalu melalui artikel berjudul "Pandangan saya berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959".


Beliau dituduh mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana didakwa menulis pendapatnya mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru pada 31 Disember lalu.

Jika sabit kesalahan ia membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000, atu penjara sehingga tiga tahun bagi kesalahan pertama.

Hakim Latifah Mohd Tahar membenarkan beliau diikatjamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Shuhaimi diwakili tujuh peguam, diketuai peguam hak asasi manusia terkenal Edmund Bon.

3 comments:

  1. 7 peguam wooooo, banyak duit digunakan woooooo......

    ReplyDelete
  2. mana tak nya semua kos ditanggung beres menggunakan duit Kerajaan & rakyat Selangor ....:)

    ReplyDelete
  3. Merugikan duit rakyat selangor...berhati-hati apabila bercakap nak mengutuk Raja-Raja...Kita ni beradat bukan biadap jangan ikut suka hati je.....Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata-kata buruk padahnya....

    ReplyDelete