Minda Hijrah Headline Animator

Monday, February 7, 2011

Krisis di Mesir - Datuk Seri Najib Tun Razak sambut ketibaan kumpulan Pertama di Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri turun padang menyambut ketibaan kumpulan pertama yang mendarat di Malaysia dalam Ops Piramid.


Kegembiraan dan rasa kesyukuran terpancar di wajah mereka dan keluarga. Malah mereka sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak yang bertungkus-lumus dalam Ops Piramid ini.


Syukur kepada Allah dan jadikan krisis di Mesir sebagai pengajaran dan iktibar.

Selamat pulang ke tanahair dan sekali lagi ucapan jutaan terima kasih kepada Kerajaan yang prihatin dengan nasib Rakyat Malaysia.

P/S: Azmin Ali dan konco-konconya tidak kelihatan menyambut kepulangan rakyat Malaysia :)



Ops Piramid: 778 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air - 07/02/2011

SEPANG 7 Feb. – Kumpulan pertama 778 orang warga Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir melalui Ops Piramid, selamat tiba di tanah air hari ini.

Rakyat Malaysia itu termasuk penuntut di Mesir, menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia dari Jeddah, tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 10 pagi.

Seramai 459 orang adalah penumpang MAS manakala 319 lagi penumpang AirAsia.

Ops Piramid merupakan usaha untuk membawa rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir, yang sedang dilanda pergolakan, ke Jeddah di Arab Saudi sebelum dibawa pulang ke tanah air. – Bernama

4 comments:

  1. pssst ... Azmin duk rumah jaga bini.

    ReplyDelete
  2. Azmin Ali sibuk dengan Penderhaka Sultan Selangor.

    ReplyDelete
  3. Tanda kejayaan bagi kerajaan Malaysia untuk menolong semua pelajar-pelajar semua bagi mengatasi kesusahan dan penderitaan mereka...Terima kasih saje lah pada Perdana Mentari bagi pengurusan yang terbaik buat pelajar-pelajar kita...

    ReplyDelete
  4. Less talk more action...

    ReplyDelete