Pengorbanan yang tidak ternilai. Inilah gambaran yang mampu kita simpulkan apabila seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),Pegawai Waran Kejuruteraan, Pegawai Waran 1 Alias Karman mendapat berita kematian isterinya dan anaknya dalam keadaan koma kerana kemalangan ketika beliau sedang bertugas OPS Piramid di Jeddah.
Mari kita sedekah Al-Fatihah kepada Allahyarhamah isteri beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.
Kisah duka di sebalik kejayaan Ops PiramidDi sebalik kejayaan Ops Piramid untuk membawa pulang pelajar Malaysia keluar dari Mesir, seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima berita sedih mengenai kehilangan isteri tercinta.
Pegawai Waran Kejuruteraan, Pegawai Waran 1 Alias Karman, 42, mendapat tahu bahawa isterinya Shukriah Abdullah meninggal dunia manakala seorang anaknya kini dalam keadaan koma setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Putrajaya, Isnin lalu.
Timbalan Ketua Misi Ops Piramid Kol Dzulkarnain Ahmad memberitahu wartawan di Jeddah, Alias, dari Skuadron 20 di pangkalan Subang, segera dihantar pulang ke tanah air dari Jeddah setelah mengetahui berita sedih itu.
"Kami serta merta menghantarnya pulang dan terima kasih kepada pegawai Pejabat Konsul Malaysia di Jeddah yang membantu kami menghantar Alias untuk menguruskan jenazah isterinya," katanya.
Sementara itu, 141 anggota Angkatan Tentera Malaysia yang menyertai Ops Piramid mendapat penghargaan awal daripada Kementerian Pertahanan apabila diberi peluang mengerjakan ibadat umrah di Mekah awal hari ini.
Mereka berlepas ke Mekah dengan tiga buah bas yang disediakan oleh Lembaga Tabung Haji.
Terdahulu, Presiden Kelab Putra 1 Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bertemu dengan anggota tentera dan menyampaikan sumbangan dalam bentuk kain ihram serta wang saku untuk kemudahan mereka menunaikan ibadat itu.
- Bernama
No comments:
Post a Comment