Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, February 10, 2011

Tun Mahathir di Simposium Dilema Melayu: 12 Februari di PWTC

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed dijangka menyampaikan amanat penting kepada golongan muda berhubung matlamat dan kesudahan buku tulisan beliau 'The Malay Dilemma' (Dilema Melayu) pada 'Simposium Dilema Melayu : Perspektif dan Konklusi' anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI).


Tun Mahathir akan membuat satu konklusi berhubung buku tersebut sebagai penamat cerita bagi diperjelaskan pada generasi muda tentang apa yang lebih lanjut sebenarnya dibenak fikiran Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu.

Simposium 14 jam bermula 8.30 pagi dan berakhir 10.30 malam itu akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 12 Febuari 2011.
Dr. Mahathir akan mengupas dengan memperjelaskan matlamat dan kesudahan buku tersebut kerana sekiranya tidak ada kesudahan atau tamatnya cerita, generasi muda tidak akan dapat mengetahui yang lebih lanjut apa sebenarnya dibenak fikiran Dr. Mahathir itu.

Dr. Mahathir akan memberi ucaptama bertemakan 'Dilema Melayu : Perspektif dan Konklusi' disamping itu simposium dianjurkan untuk memfokus bagi memperkasakan agenda umat Melayu dalam konteks dan kerangka Model Ekonomi Baru.

Dr. Mahathir juga dijangka akan memberi kejutan berhubung dilema Melayu bagi membolehkan golongan muda menilai kedudukan bangsa Melayu di negara ini disamping akan memberi pendapat dan pandangan tentang masyarakat terutama golongan muda Melayu untuk bangkit menyumbangkan tenaga mereka terhadap pembangunan masyarakat Malaysia.

Antara program ialah Bicara Orang-Orang Muda, Damping Kampus dan siri-siri bertemu masyarakat.

Orang muda tidak pasti serta keliru keadaan dan nasib orang Melayu masa kini. Melalui simposium ini, kita harap kekeliruan dan kekalutan pemikiran anak muda diterangkan, bagaimana harapan dan kehendak rakyat untuk mereka mempertahankan.

Apa yang menarik dalam program politik di simposium tersebut ialah kehadiran dua tokoh dari PAS dan UMNO akan bertemu membincangkan cabaran pimpinan orang Melayu pada masa akan datang.
Simposium 14 jam itu juga dijangka akan memberi satu garisan panduan dan titik mula untuk orang muda memikirkan apakah nasib anak Melayu yang harus dibela pada masa akan datang.

Diskripsi program simposium 14 jam itu bermula pada 8.30 pagi dengan ucaptama Tun Dr Mahathir Mohamed bertajuk 'Dilema Melayu : Perspektif dan Konklusi' kemudian diikuti 'luncheon talk' oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bertema "Memperkasa Melayu Dalam Konteks Model Ekonomi Baru'.

Sesi petang bermula diskusi politik bertajuk "Cabaran Kepimpinan Melayu Di Masa Hadapan". Moderatornya Tan Sri Dr. Nordin Kardi disamping ahli penal terdiri dari Tan Sri Isa Samad, Datuk Mustapha Ali (PAS) dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Selepas solat Asar, sesi diskusi ekonomi bertajuk "Milikan 30% Ekuiti Bumiputera Menjelang 2020, Bagaimana dan Dimana Melayu".
Moderatornya Datuk Johan Jaafar disamping ahli panel terdiri dari Datuk Salleh Majid, Datuk Ibrahim Ali dan Tan Sri Sanusi Junid.
Program malam selepas solat Maghrib, majlis makan malam Perdana Menteri bersama Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kehadiran dijangka 2000 orang terdiri daripada pemimpin mahasiswa, ahli ASPIRASI, ahli korporat, profesional, NGO dan ahli politik Melayu
The Malay Dilemma mula diterbitkan pada tahun 1970 yang banyak menimbulkan kontroversi di atas taksiran yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu, mengenai kejadian yang berlaku seperti ekonomi masyarakat melayu dan asas perpaduan kebangsaan membuatkan beliau terpaksa mempertahankan pendapat dan kenyataan yang telah dikarangnya.

Pada masa lalu, orang Melayu selalunya melindungi rakan dan musuh mereka daripada mendapat malu, dan dengan berbuat begitu mereka sebenarnya menyelubungi pemikiran mereka yang sebenar. Inilah reaksi beliau terhadap masalah-masalah masa kini, iaitu masalah paling penting yang dihadapi oleh Malaysia. Beginilah pemahaman orang Melayu yang cenderung pada politik terhadap masa lampau, menerangkan tingkah laku kaumnya sendiri dan tingkah laku para pendatang, dan melihat keadaan masa hadapan.

Konvensyen ini adalah bertujuan untuk membangkitkan kembali kesedaran di kalangan golongan muda tentang peri pentingnya semangat dan idea kepimpinan mereka dihidupkan semula. Sejauh mana penglibatan dan kefahaman sebenar mereka mengenai agenda Melayu serta pengetahuan mereka mengenai Dilema Melayu.


Objektif Simposium

* Mengembangkan idea dalam mengupas langkah-langkah serta penyelesaian secara kolektif bagi memastikan agenda Melayu dalam Dilema Melayu dapat diperhalusi akhirnya membuahkan hasil yang signifikan.
* Melibatkan golongan muda arus perdana yakni mahasiswa, alumni mahasiwa, NGO, serta mengajak ahli korporat dan profesional dalam membincangkan peranan dan tanggungjawab masyarakat dalam arus kepimpinan dan arus perdana pembangunan ekonomi negara bagi memperkasakan bangsa Melayu.
* Memupuk semangat dan keyakinan di kalangan belia Melayu untuk menjadi pemimpin masa hadapan serta melahirkan golongan bakal pemimpin yang berkarisma serta mempunyai asas kefahaman kenegaraan yang tinggi.
* Memberi kesempatan untuk golongan belia bagi memahami dan menghayati wawasan kepimpinan negara seterusnya, menyelamatkan golongan belia dari terus leka terbuai dengan budaya negatif kesan dari kemewahan dan kemajuan yang dinikmati oleh negara.
* Mewujudkan ‘networking’ bagi peserta yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang untuk memupuk persaudaraan erat antara orang melayu.


Ahli Panel dan Tajuk Ucapan / Diskusi
-Ucaptama oleh Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad bertajuk:
“Dilema Melayu: Perspektif dan Konklusi”

-Luncheon Talk: Y.B Datuk Seri Mustapa Bin Mohamed bertema:
“Memperkasa Melayu Dalam Konteks Model Ekonomi Baru”

-Diskusi Ekonomi bertajuk: “Milikan 30% Ekuiti Bumiputra Menjelang 2020, Bagaimana dan Dimana Melayu?”

* Moderator: Dr. Asyraf Wajdi
* Ahli Panel 1: Y.B Datuk Dr Awang Adek Hussin
* Ahli Panel 2: Tan Sri Dato’ Seri Sanusi Junid
* Ahli Panel 3: Dato’ Ibrahim Ali
* Ahli Panel 4: Dato’ Salleh Majid

-Diskusi Politik bertajuk: “Cabaran Kepimpinan Melayu Di Masa Hadapan”

* Moderator: Tan Sri Dr. Nordin Kardi
* Ahli Panel 1: Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
* Ahli Panel 2: Dato’ Mustapha Ali
* Ahli Panel 3: Tan Sri Isa Samad
* Ahli Panel 4: Datuk Johan Jaafar

-Majlis Makan Malam Perdana Bersama:
Y.A.B Dato Sri Najib Razak-Perdana Menteri Malaysia / Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

SEKRETARIAT SIMPOSIUM DILEMA MELAYU
PERSATUAN ALUMNI PEMIMPIN MAHASISWA ASPIRASI MALAYSIA (ASPIRASI)
664, Tingkat 2, Batu 4, Jalan Ipoh
51200, Kuala Lumpur
Tel / Faks: 03-62501384 (10pagi - 4 petang).
H/P :012-2272015 (Zafry) / 012-3386735 (Omar) (call / sms).
sekretariat@dilemamelayu.com

atau layari
http://dilemamelayu.com

6 comments:

  1. ensom gak tun ni kan he he he cayalah tun anakanda tabik spring..(melayu - islam, tutur bahasa melayu, amal adat budaya melayu) bukan isle daaaa

    ReplyDelete
  2. saya salah seorang peserta simposium di pwtc ni, TUN memang sangat hebat!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt.

    Program seperti ini yang melibatkan mahasiswa MESTI diadakan diseluruh negara. Bukan sahaja di Lembah Kelang, mesti juga diadakan di utara, selatan, pantai timur dan Malaysia Timur.. Mahasiswa adalah mereka yang masih muda dan masih 'berdarah panas'. Berikan penjelasan kepada mereka tentang rasional disebalik sesuatu tindakan kerajaan, insyaallah mereka akan faham dan akan turut menyokong dan membantu. Jika tidak, mereka akan terpedaya dengan dakyah dan fitnah pembangkang yang pandai berkata-kata walaupun tanpa bukti.

    Saya rasa sudah sampai masanya kerajaan melibatkan pandangan dan pendapat dari mahasiswa pro kerajaan di dalam membuat sesuatu perancangan. Jgn dilayan mahasiswa anti kerajaan kerana most of the time apa sahaja tindakan kerajaan tidak betul bagi mereka.

    Cuma semalam panelist ekonomi gagal menjawab persoalan mengenai tanah rezab melayu di kuala lumpur yang diberikan kepada puak 'kafir'. kesian kakak tu bertanya dlm sebak. inilah salah satu punca melayu menolak umno pada PRU lepas.

    ReplyDelete
  4. Salam semua,

    Amat bodoh sesiapa yg menobatkan tun mahathir sebagai pemimpin agung dunia, dia hanya pemimpin biasa yg ada kelebihan dan kelemahan. Tun Mahathir telah diberi amanah memimpin malaysia selama 22 tahun tapi Melayu khususnya, Malaysia amnya terus ketinggalan dipersada dunia. Jangan pula bandingkan dengan zimbabwe, somalia, kemboja, mymar tapi bandinglag dengan korea, taiwan yang ketika tun mula jadi PM ekonominya tak jauh beza dari Malaysia. Tapi setelah 22 tahun, Malaysia jauh ketinggalan berbanding taiwan maupun korea. INI ADALAH FAKTA!

    ReplyDelete
  5. saya turut serta bersama sakinah elias.

    ReplyDelete