Pandangan Nordin, Exco Kelab Chedet dibawah dipetik dari portal Kelab Chedet. Rakan-rakan dialu-alukan menyertai perbincangan disana.
Sekali lagi kepada Zainal Aznam, satu mesej mahu saya sampaikan kepada kamu ... haaaakkk tuuuihhhh!
PERKASA rampas MBE, kata anggota NEAC
Aku tengok "nasihat kepakaran" yang diberikan oleh Zainal Aznam kepada kerajaan supaya melupuskan 30 peratus pegangan ekuiti bumiputera ini seperti satu cerita dongeng pulak. Zainal Aznam seolah-olah berkata, kalau kerajaan nak makan buah yang sedap-sedap (maju dalam ekonomi), kerajaan kena ambit jalan pintas iaitu menyeberangi sungai yang ada didepan mereka (menghapuskan ekuiti Melayu) kerana di seberang sungai sana ada banyak buah yang sedap-sedap. Tetapi kerajaan pulak kata dalam sungai itu ada banyak buaya (PERKASA). Nasihat Zainal Aznam ini lagi, pedulikan buaya itu kalau kerajaan nak makan buah sedap, kerajaan kena seberang sungai ini jugak !!!
Adakah nasihat seorang pakar ekonomi seperti Zainal Aznam ini boleh dianggap satu nasihat yang bijak???? Kenapa dia tidak memikirkan cara bagaimana untuk membuat buaya-buaya di sungai ini tidak membaham kaki orang yang menyeberang sungai daripada hanya berkata “kalau nak makan buah sedap kena seberang sungai jugak”???
Kalau sekadar cadangan “perlu menyeberang sungai kalau nak makan buah sedap (atau perlu tarik balik ekuiti Melayu kalau nak maju dalam ekonomi)”, itu bukanlah perkara yang sukar, tak payah jadi pakar ekonomi pun kita boleh buat cadangan seperti cadangan Zainal Aznam itu. Apa yang kita ingin tahu adalah bagaimana caranya orang Melayu dapat mempertahankan hak mereka mendapat pembahagian yang adil dalam ekonomi Negara (atau memastikan buaya di sungai ini tidak kelaparan supaya tidak membaham kaki orang yang menyemberang sungai itu).
Kadang-kadang terlihat bijak pandai Melayu ini nampak tidak begitu kreatif, mereka rasa pandangan mereka saja yang bijak tetapi mereka sendiri tidak begitu kreatif mencari cara bagaimana memastikan hak bangsa mereka itu tidak dilupuskan hanya kerana mereka nampak “buah yang sedap diseberang sungai sana”.
Mujurlah ada PERKASA yang dianggap "buaya-buaya" itu berjaya mengingatkan mereka yang "bijak pandai" ini bahawa HAK bangsa Melayu jangan mudah dipergadaikan hanya kerana “mereka sudah nampak buah yang sedap di seberang sungai sana”. Mereka perlu jadi lebih kreatif dalam menasihati kerajaan dengan mengambil kira buaya-buaya yang ada dalam sungai ini kerana buaya-biaya ini sebenarnya mewakili undi orang-orang Melayu yang turut menentukan survival kerajaan itu sendiri.
Orang seperti Zainal Aznam ini bukan saja perlu bercita-cita tinggi mengenai kejayaan ekonomi negara tetapi perlu juga melihat realiti yang ada di negara hari ini sebelum mengharapkan cita-cita beliau itu tidak tinggal sebagai hanya satu mimpi yang indah saja.
Nordin, Exco Kelab Chedet Malaysia
NEAC dah jadi macam kilang produk anuar ibrahim untuk menghapuskan hak melayu dan bumiputera. Bertambah senyum DAP dan sekutunya bila Melayu cuba tindas melayu...Tahniah PERKASA....PERKASA TETAP PERKASA.....Pastinya NEAC tidak pernah belajar sejarah bangsa Melayu kerana kebanyakan meraka di NEAC belajar di luar negara.
ReplyDeletebegitulah hakikatnya penjajah melanyak melayu melalui tangan2 ghaib mereka..tak semestinya 'DR' itu pakar dan sebaliknya..errr zainal aznam pakar ekonomi ke.??? yg terpenting bgmana Malaysia ikut acuan sendiri bukan setakat nak tunjuk pd dunia dimana paras kita..apa guna negara 'maju' tapi rakyat tiada dalam pengisiannya he he (tanah melayu)
ReplyDeleteBukan saje belajar di luar negara, masa zaman persekolahannya disekolah yang pandai-pandai seperti Victoria Institution dan melanjutkan diri ke luar negara........pemikirannya pun bukan seperti orang Melayu more to English...otak nya sudah lama dijajah........Pastinya mengikut cara penjajah...
ReplyDelete