Petikan Berita Harian Online.
"Pembangkang cakap senang (dakwa kerajaan tidak ada wang membiayai usaha membawa rakyat Malaysia pulang dari Mesir), kos operasi saja paling kurang RM30 juta, tidak termasuk cukai lapangan terbang, pengendalian pesawat di lapangan terbang, kos bahan api, makan, minum, penginapan dan pengangkutan.
“Saya fikir kalau dicampur semua lebih RM30 juta, bagaimana pun kos rasmi kita akan tahu selepas operasi menyelamat ini selesai,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perasaan kesal Perdana Menteri terhadap dakwaan kononnya kerajaan tidak mempunyai wang bagi membiayai usaha membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir.
Pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang selama ini cenderung menyokong pembangkang diharapkan boleh berfikiran rasional tentang usaha kerajaan dalam menjaga kebajikan mereka. Kerajaan tidak sama kali menganiaya mana-mana pelajar malah pelajar aliran agama juga terus diberi bantuan oleh kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir, Madinah dan Jordan.
Jangan mudah terpedaya dengan hasutan pembangkang. Dan kini anda semua (pelajar-pelajar di Mesir) boleh membezakan yang mana intan dan yang mana kaca. Sekali lagi pembangkang hanya pandai menyalahkan kerajaan tetapi tidak berusaha langsung membantu dan menyokong Ops Piramid ini.
No comments:
Post a Comment