Alhamdullilah. Syukur kepada Allah kerana mengizinkan proses pemindahan rakyat Malaysia dari Mesir berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah besar.
Utusan Malaysia melaporkan seramai 9000 orang telah dipindahkan ke Jeddah. Ada rakyat Malaysia yang masih mahu berada di Mesir.
Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang bertindak pantas menguruskan operasi besar ini. Bayangkan begitu ramai sekali yang terlibat dan mampu diselesaikan dalam beberapa hari sahaja. Malah ucapan terima kasih kepada agensi kerajaan, badan korporat dan NGO yang turut membantu terutamanya Tabung Haji, ATM, MAS, AirAsia dan lain-lain lagi.
Apa yang menyedihkan, ada pihak terutamanya pembangkang yang mengambil kesempatan mengkritik usaha-usaha yang dilakukan. Ini lah sikap sebenar mereka, Hanya tahu berkokok siang dan malam walhal ekor bergelumang NAJIS!.
No comments:
Post a Comment