Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, February 23, 2011

JMM tuntut Nik Aziz jelaskan cara Islamkan ahli DAP

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menuntut Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan mengenai agendanya untuk memperkenalkan Islam kepada ahli DAP dan seterusnya merancang mengislamkan mereka dalam masa terdekat.



Timbalan Yang Dipertua Kebangsaan JMM, Omar Saleh berkata, dalam hal ini timbul persoalan sama ada Nik Aziz sudah mempunyai pelan atau cara yang akan digunakannya bagi mencapai tujuan tersebut.

”Menteri Besar Kelantan itu perlu memberikan penjelasan cara-cara yang akan digunakan untuk mengislamkan DAP."

”Ini termasuk bagaimana Nik Aziz akan meyakinkan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang pada satu ketika dahulu pernah menyatakan bahawa jika Pas mahu menubuhkan negara Islam, Pas terlebih dahulu perlu bertempur dengannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Utusan Malaysia Khamis lalu menyiarkan kenyataan Nik Aziz yang menjelaskan hubungan dengan DAP membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada parti itu kerana perkara tersebut gagal dilakukan oleh UMNO.

Jawapan itu diberikan Mursyidul Am Pas itu berhubung kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum itu yang membangkitkan hubungan Pas dengan DAP.

Tambah Omar, pihaknya bersetuju dengan cadangan Nik Aziz yang mahu memperkenalkan Islam kepada penganut agama lain dan sebagai pemimpin, JMM yakin beliau telah mempunyai pelan dan cara pelaksanaannya nanti.

itu, katanya, Mursyidul Am Pas itu harus berkongsi dengan umat Islam cara yang beliau akan gunakan di dalam memastikan apa yang diucapkan dan dijanjikan beliau pada Khamis lalu benar-benar akan menjadi kenyataan.

”JMM berkeyakinan Nik Aziz sebagai pemimpin sudah pasti telah menyelidik dan mengkaji sedalam- dalamnya mengenai janji-janji beliau ini.

”Asas dan teras seorang pemimpin wajib memegang nilai jujur dan amanah terhadap diri sendiri serta pengikut-pengikutnya,” jelasnya. -Utusan Malaysia-

Artikel berkaitan


Komen melampau berbaur hasutan tentang Melayu dan Islam

 

5 comments:

  1. nik aziz disaran menukar ugama kepada budhha atau kristian atau hindu kerana di boleh mendpat petunjuk yg baik..dia telah menjadi ulamak kat malaysia di hina kerana memberi pendapat dan mempermainkan hukum tuhan...masjid dibabi kan..kafir mengkafir sesama islam..bala sesama islam..dgn menjadi paderi atau sami budhha atau hindu baru dia dpt melihat mcm mana mereka ni tidak pernah mengutuk sesama penganut mereka............tapi bg saya nik aziz nik mat ni sebenar bukan islam lagi dh pun...org islam tak buat keje bodoh mcm nie

    ReplyDelete
  2. sebagai anak jati kelantan bg saya nik aziz merupa syaitan besar...tak pernah pikir pasal kebajikan rakyat.. kesesakan jalan dpd machang kuala krai ke gua musang... tak pernah dia piker nak buat apa ..pemimpin PAS semua tak nampak benda ni...mereka lebih sibuk mencari dan mengkhafirkan org lain.bala org..jahil org…buat masjid mcm jamban...nik aziz umpama nya paling teruk...mereka juga dok sibuk mengumpul harta masing masing dgn rasuah yg dianggap sedekah dgn bertopengkan islam penipu....PEmimpin PAS juga sekarang dilihat lebih memnja dan mendewakan cina dan india yg beru 3 tahun mengundi mereka berbanding org melayu..bg mereka melayu bangsat takda duit walaupun berpuluh tahun melayu undi mereka ..org melayu akan ikut akan ikut jer..tapi cina punya hati kena jaga sebab mereka semua ada duit.itu la faksafah dan prisip PAS sekarang...MALANG SGT org kelantan

    ReplyDelete
  3. dikhabarkan tadika PASTI di kelantan telah diasuh dan diajar muridnya sedari kecil membenci pemimpin sesama islam..khususnya gambar pemimpin UMNO dibekalkan sambil diajar anak2 ini membenci dgn mencucuk gambar2 ini dgn pensil atau sejenis dgn nya..cuba bayangkan sebaliknya berlaku, maka sampai bila2 pun Islam takan bersatu..ini kah manusianya yg akan mengislamkan DAPig..kuasa Allah tiada siap menduga tp biarlah kena caranya..niat tidak menghalalkan cara..

    ReplyDelete
  4. semua anonymous ni menulis jangan lah menghina. tulis ni kena bertanggungjawab. dalam dunia ni tak semua sama pendapat dengan kita tapi tak bermakna mereka salah kerana pendapat ni idak ada yang benar atau salah. jadi nik aziz tak pernah menghina awak. bersatu atau tak melayu ni bukan pada nik aziz tapi pada diri sendiri. kita rapat dengan kawan-kawan pun dah kira bersatu. bukan nya nak bersatu semua melayu dalam negara Malaysia ni. tak sempat punya nak kumpul semua orang. jangan la kita hina orang. saya ni bawah umur lagi nak mengundi tapi kalau nak bercakap pasal fakta, boleh sangat2. tak kira la BN atau PR, masing2 ada salah, jadi based on fact k bila berbicara. OK?

    ReplyDelete
  5. ha ha ha sorang lg melayu liberal dah muncul dlm blog nko rocky..good..tp takleh la nak cakap pasal fakta dgn WMR sbb bawah umur so semangat mcm ni bagus tp kalau bleh biarlah tahan lama..teruskan bawa kawan2 baca minda hijrah WMR dan jgn lupa sebar2kan melalui penceritaan kat mana2 pun..

    ReplyDelete