Hari ini ramai pemimpin-pemimpin Melayu dari parti pembangkang menuduh UMNO cuba menakut-nakutkan orang Melayu tentang akan berlakunya kehilangan kuasa politik dari tangan Melayu jika UMNO tidak disokong oleh orang Melayu. Kata mereka tektik ini sengaja dibuat bertujuan untuk mengekalkan UMNO terus berkuasa. Kata mereka lagi tektik menakut-nakutkan orang Melayu ini sudah ketinggalan zaman kerana orang Melayu sekarang sudah dikatakan semakin cerdik untuk menilai prestasi UMNO itu sendiri.
Oleh kerana orang-orang Melayu sekarang sudah dikatakan semakin cerdik, jadi orang Melayu tidak perlu merasa takut tentang kehilangan kuasa politik Melayu itu apa lagi jika kuasa yang ada ditangan Melayu UMNO itu dikatakan lebih banyak melakukan penyelewengan daripada kebaikan malah tidak membawa banyak faedah kepada orang Melayu itu sendiri.
Jadi pemimpin-pemimpin Melayu pembangkang ini menyeru supaya orang-orang Melayu bangun menentang penipuan UMNO yang kononnya UMNO itu dicipta khusus untuk orang Melayu dan orang Melayu pula harus menyokong UMNO untuk terus kekal berkuasa. Kata mereka lagi, apa yang negara perlukan sekarang adalah politik ala baru yang boleh membawa harapan untuk seluruh rakyat dan yang dapat meliberalisasikan minda rakyat daripada terus dibelungui oleh penipuan UMNO supaya keadilan untuk seluruh rakyat boleh dicapai.
Namun keadilan yang pemimpin-pemimpin pembangkang cari itu sebenarnya bukannya untuk seluruh rakyat seperti mana yang mereka dakwa itu tetapi lebih untuk menjaga kepentingan seorang individu supaya individu ini terlepas daripada dakwaan seks diluar tabie yang menjadi kegemaran beliau selama ini. Inilah asas ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem kehakiman negara sekarang. Mereka menuduh segala yang tidak memihak kepada pemimpin mereka itu adalah perbuatan konspirasi dan persubahatan yang dilakukan bersama kerajaan UMNO hanya untuk menyekat individu ini daripada memegang kuasa di Putrajaya.
Pemimpin-pemimpin Melayu pembangkang ini tahu bahawa perbuatan yang tidak bermoral yang dilakukan oleh pemimpin besar mereka itu sebenarnya tidak menimbulkan masaalah besar untuk diterima oleh kebanyakan pengundi bukan Melayu kerana perbuatan salah-laku seks seperti itu masih boleh dianggap sesuatu yang 'private' dan tidak membabitkan pengundi mereka secara langsung. Pemimpin-pemimpin Melayu pembangkang ini juga tahu bahawa pengundi-pengundi bukan Melayu ini lebih mengutamakan janji-janji manis mereka daripada menilai perbuatan yang berlaku didalam kamar tidor mereka.
Itu sebab pemimpin-pemimpin Melayu pembangkang ini melihat sokongan pengundi bukan Melayu ini lebih mudah diperolehi daripada meletakkan harapan yang tinggi kepada pengundi-pengundi Islam yang nampaknya lebih sukar untuk menerima orang yang terlibat dengan salah laku seks seperti mana yang dibabitkan dengan pemimpin besar mereka sekarang. Atas sebab itu mereka terpaksa menumpukan lebih banyak perhatian untuk mengumpan sokongan pengundi bukan Melayu daripada cuba menjaga hati pengundi Melayu yang sememangnya kurang berminat untuk menyokong perbuatan salah laku seks pemimpin mereka itu.
Apa tah lagi cara untuk menarik sokongan pengundi bukan Melayu itu juga lebih mudah daripada menarik sokongan pengundi Melayu terutama bila mereka tahu pengundi bukan Melayu ini sememangnya telah lama memendamkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap dasar-dasar kerajaan UMNO yang dikatakan lebih memihak kepada kaum Melayu itu. Oleh itu mudahlah bagi pemimpin-pemimpin Melayu pembangkang ini menghasut pengundi-pengundi bukan Melayu dengan membangkitkan rasa iri hati dan cemburu kaum bukan Melayu terhadap hak-hak Melayu yang dijaga oleh UMNO selama ini.
Pemimpin-pemimpin Melayu pembangkang ini sememangnya tidak takut ditolak oleh pengundi-pengundi Melayu jika mereka sendiri dilihat sebagai mengabaikan hak-hak Melayu ini kerana sokongan orang Melayu yang mereka ada itu pun sememangnya terlalu kecil dan terhad kepada ahli-ahli parti mereka saja. Sebab itu sokongan pengundi-pengundi Melayu yang mereka ada itu perlu ditambah dengan majoriti yang lebih besar dari pengundi-pengundi bukan Melayu supaya ianya menjadi cukup besar untuk menguguat UMNO yang masih mengharap undi daripada orang-orang Melayu itu.
Oleh sebab itu mereka sebenarnya lebih takut kehilangan sokongan pengundi bukannya Melayu khususnya sokongan kaum Cina daripada takut kehilangan sokongan pengundi Melayu yang sememangnya lebih memihak kepada UMNO itu. Untuk menyembunyikan ketakutan mereka terhadap kehilangan sokongan pengundi Cina ini, mereka menuduh pula UMNO cuba menakut-nakutkan pengundi-pengundi Melayu tentang kehilangan kuasa politik orang Melayu jika pengundi Melayu tidak menyokong UMNO.
Dengan tuduhan mereka itu mereka berharap UMNO akan kekal dengan imej racistnya. Tuduhan mereka itu pastinya akan berjaya menaikkan rasa kebencian pengundi Cina terhadap UMNO yang mereka dakwa sebagai racist itu walau pun pemimpin-pemimpin UMNO cuba membawa pendekatan baru yang lebih mesra kepada kaum Cina sekarang.
Jadi siapa yang lebih TAKUT sekarang, jika benar UMNO takut kehilangan kuasa kerana tidak disokong oleh orang-orang Melayu, sekurang-kurangnya ketakutan UMNO itu berasas kerana kuasa yang UMNO ada sekarang ini pun sememangnya diperolehi daripada sokongan kuat orang-orang Melayu, tetapi pemimpin-pemimpin Melayu pembangkang ini sebenarnya lebih takut kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu khususnya dari kaum Cina walau pun diketika mereka belum mempunyai kuasa untuk memerintah.
Oleh kerana pemimpin-pemimpin Melayu pembangkang ini takut kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu yang memberi kelebihan kepada mereka sekarang, mereka terus menghasut pengundi-pengundi bukan Melayu ini terus membenci UMNO dengan menuduh UMNO hanya memihak kepada kaum Melayu dan menuduh UMNO cuba menakut-nakutkan orang Melayu tentang kehilangan kuasa politik Melayu jika orang Melayu tidak menyokong UMNO sekarang.
Tidak ada mana-mana negara di dunia yang mempunyai pasukan suami-isteri, anak-beranak yang menguasai semua jawatan penting dalam parti semata-mata kerana anak-bernak ini TAKUT melepaskan peluang kepada orang lain untuk berkuasa. Jadi mereka lebih TAKUT membiarkan orang lain berkuasa daripada mengutamakan anak-beranak mereka sendiri dan sebab itu mereka tidak mahu memberi peluang kepada orang lain untuk berkuasa selain daripada keluaraga mereka sendiri.
Orang Melayu menyokong UMNO bukan kerana mereka menyokong mana-mana individu tetapi menyokong UMNO kerana mereka mahu UMNO terus menjaga hak mereka daripada cuba digadaikan oleh kumpulan Melayu pembangkang ini. Tidak seperti pengundi bukan Melayu yang hari ini diajak menyokong pembangkang bukan kerana pembangkang itu mahu membela nasib kaum mereka tetapi semata-mata kerana hendak memberi peluang kepada Anwar Ibrahim dan isteri serta anaknya berkuasa, Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng berkuasa dan Karpal Singh dan anak-anaknya berkuasa.
Jadi memang benarlah perjuangan pembangkang itu tidak mengira mana-mana kaum kerana yang mereka ambil kira itu adalah mengutamakan kaum keluarga dan sahabat handai mereka sendiri saja. Inilah konsep dan misi politik pembangkang sebenarnya, bukannya politik untuk membela nasib rakyat tetapi politik untuk mentahktakan anak-beranak mereka sendiri supaya mendapat kuasa dengan memperlembukan rakyat jelata untuk menyokong.
NORDIN
Penulis adalah Exco Kelab Chedet Malaysia dan boleh dihubungi di http://www.kelabchedet.com/
No comments:
Post a Comment