Kelab Chedet.
Kelab Chedet telah banyak memberi perubahan minda saya sejak saya menyertainya April 2008. Saya telah banyak menghadiri majlis formal dan tidak formal, berjumpa dengan ramai rakan-rakan baru dan paling manis apabila bertemu sendiri dengan Tun Dr Mahathir serta Tun Siti Hasmah. Yang paling penting, Kelab Chedet yang disertai pelbagai lapisan masyarakat banyak menyumbangkan idea-dan berani mengutarakan pandangan yang 'agak keras' terutamanya kepada pihak Kerajaan. Namun setiap pandangan dan hujah akan disokong dengan fakta dan analisis yang sedia dikritik.
Apa yang pasti, saya akan terus menjadi KelabChedet sebagai platform menjana transformasi diri.
Salah Tafsir Rakyat tentang 1Malaysia
Kali ini saya mahu berkongsi pandangan berkaitan punca 1Malaysia yang sering disalahtafsirkan oleh rakyat terutamanya dikalangan penyokong Pakatan Rakyat dan topik ini bertambah hangat dengan pertembungan pandangan berbeza dikalangan forumer. Ikuti perbincangan lanjut di http://www.kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3569#53214
Pandangan ini diutarakan oleh Saudara Nordin, Exco KelabChedet.
Tentu ramai yang tertanya-tanya sebab apa hingga sekarang masih ramai rakyat tidak faham apa maksud 1Malaysia itu sebenarnya walau pun propaganda media kerajaan mengenainya sudah cukup hebat hinggakan nama Najib sendiri dikatakan sudah cukup popular sekarang hasil promosi 1Malaysia beliau itu? Puncanya terletak kepada tuan punya diri pincipta slogan itu sendiri kerana sejak dari mula lagi Najib telah menghantar message-message yang salah hingga menyebabkan 1Malaysia mudah diekploitasikan oleh kaum-kaum bukan Melayu khususnya mereka yang menyokong parti lawan.
Kesalahan-kesalahan message yang dihantar oleh Najib:
1. Sejak BN kalah teruk pada piliharaya yang lalu, Najib nampak seperti hilang keyakinan terhadap prestasi UMNO itu sendiri sehingga beliau terpaksa mengajak UMNO saja yang berubah (bukannya parti-parti komponen BN yang kalah itu yang perlu berubah). Tanggapan orang Melayu bila Najib mengajak UMNO berubah adalah Najib dilihat seperti tunduk dengan desakan parti-parti komponen bukan Melayu di dalam BN yang telah mengambil kesempatan untuk menyalahkan UMNO diatas kekalahan calon-calon mereka itu.
2. Bila Najib menyeru ahli-ahli UMNO supaya jangan bernostalgia lagi tentang jasa-jasa UMNO terhadap kaum bukan Melayu itu seolah-olah Najib tidak mahu lagi orang Melayu mempertahankan hak Melayu kerana jika UMNO mempertahankan hak Melayu itu akan membuat kaum bukan Melayu menolak BN.
3. Tak cukup dengan menghalang ahli UMNO dari bernostalgia, Najib mula menunjukkan perubahan UMNO bila beliau memansuhkan ekuiti Melayu dalam bebarapa sektor dan akhirnya bersedia untuk menghapuskan semua ekuiti Melayu ini. Di mata orang Melayu Najib sudah dilihat sebagai pemimpin Melayu yang lemah kerana akur dengan desakan pemimpin-pemimpin Cina BN walau pun prestasi UMNO itu sendiri jauh lebih baik daripada parti-parti mereka.
4. Keakuran (kesediaan) Najib untuk mengubah UMNO ini memberi tanggapan kepada pemimpin-pemimpin Cina BN bahawa mereka sudah berjaya mempengaruhi Najib untuk akur dengan desakan mereka itu. Atas sebab itu mereka sudah nampak peluang untuk mereka menuntut lebih banyak hak buat kaum mereka kerana mereka kini sudah mempunyai kuasa tawar menewar untuk terus mendesak Najib jika Najib mahukan sokongan kaum mereka.
5. Ini disokong pula dengan kenyataan Najib yang kononnya beliau sekarang takut berdosa jika tidak berlaku adil kepada semua kaum. Malah Najib tidak segan silu meniru pula percakapan pemimpin-pemimpin PAS bahawa Islam mengajar umatnya berlaku adil kepada semua bangsa. Kenyataan Najib ini menimbulkan pertanyaan rakyat adakah UMNO selama ini tidak berlaku adil kepada semua kaum sehingga hari ini baru Najib terrasa berdosa dan mahu pula menyerahkan balik ekuiti Melayu yang hanya 30% itu supaya beliau tidak lagi dianggap tidak berlaku adil kepada kaum bukan Melayu???
6. Kemudian Najib kata pula yang beliau tidak mahu mana-mana kaum rasa tersisih, apakah oleh kerana UMNO mempertahankan hak Melayu maka itu bermakna UMNO telah menyisihkan hak kaum lain? bagaimana pula dengan sekolah vernikular mereka yang juga adalah satu hak istimewa yang mereka perolehi di negara ini selama ini. Hak untuk mengadakan sekolah vernikular ini sebenarnya dianggap sebagai melanggar flasafah pendidikan nasional oleh hampir seluruh negara didunia tetapi di Malaysia sekolah ini tidak pernah dihapuskan, malah Najib sendiri mengumumkan akan menambahkan lagi peruntukkan bagi memperkasakan lagi sekolah-sekolah vernikular ini. Jadi kenapa Najib tidak menepis desakan mereka yang mahukan ekuiti Melayu dikurangkan itu malah sanggup pula melayan tuntutan mereka yang mahukan lebih banyak peruntukkan (hingga sebanyak lima bellion untuk RMK 10) semata-mata mahu memperkasakan sekolah vernikular yang tidak tahu menghormati bahasa kebangasaan negara sendiri itu??
7. Oleh sebab itu slogan 1Malaysia Najib ini sendiri membuat beliau terperangkap apabila pihak pembangkang khususnya DAP cuba mengaitkan 1Malaysia itu dengan soal agama pula, kononnya bagaimana 1Malaysia ini hendak berjaya sedangkan Islam yang mengaku Tuhan itu hanya satu (iaitu Allah) pun tidak mahu dikongsi oleh orang Melayu disebabkan selama ini UMNO mengajar orang Melayu bersikap tamak kerana tidak mahu berkongsi sama rata dengan apa saja yang Melayu ada (dapat) termasuklah nama Tuhan dengan lain-lain kaum.
8. DAP hari ini menuduh Tun Dr Mahathir sengaja mahu mengagalkan misi 1Malaysia Najib ini apabila Tun mintak Najib menjelaskan pengertian maksud 1Malaysia dengan lebih tepat khususnya kepada kaum bukan Melayu. Adakah Lim Kit Siang sudah benar-benar menyokong misi 1Malaysia Najib ini hinggakan beliau begitu marahkan Dr Mahathir yang dituduh beliau tidak menyokong 1Malaysia Najib itu??? atau Kit Siang sengaja cuba mengaitkan 1Malaysia Najib ini sebagai meniru konsep Malaysian Malaysia supaya DAP mempunyai lebih banyak peluang untuk mempersenda-sendakan 1Malaysia Najib ini kononnya konsep ini tidak mampu menandingi kehebatan dan keiklasan Malaysian Malaysia DAP kerana 1Malaysia Najib ini dikatakan masih gagal memberi hak sama-rata kepada semua kaum seperti mana yang dijanjikan oleh Najib sendiri???
Oleh sebab itu propaganda media mengenai 1Malaysia sekarang dianggap masih gagal kerana ianya tidak mampu menjelaskan apa-apa maksud kepada rakyat jika hanya dipromosikan dengan cara menjulang satu jari keatas atau dengan menamakan semua produk yang dibuat oleh rakyat Malaysia dengan nama produk 1Malaysia selagi Najib tidak berani berterus terang maksud sebenar konsep 1Malaysia ini.
Selagi konsep ini tidak diterangkan secara jelas bahawa "Satu" untuk semua rakyat Malaysia itu tidak bermaksud semua rakyat Malaysia akan dapat yang "satu" itu secara sama rata. Apa yang kita dapat sekarang adalah “Satu” yang saimbang untuk mengimbangi hak-hak semua kaum. Jika kaum bukan Melayu mahu terus mempertahankan "pendidikan vernikular" misalnya, mereka juga kena faham kenapa orang Melayu perlu terus mempertahankan ekuiti Melayu itu dan ini tidak boleh dianggap sebagai bersikap racist kerana mereka juga mempertahankan hak kaum mereka itu. Inilah baru dikatakan saimbang dalam berkongsi "1Malaysia" ini. Keadilan disini tidak boleh disalah-ertikan dengan pembahagian yang sama rata selagi ianya tidak saimbang untuk mengimbangi keharmonian kaum di negara ini.
No comments:
Post a Comment