Laporan Berita Harian hari ini memetik kenyataan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Paimuzi Yahya menjelaskan bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak mempunyai kaitan dengan penganjuran seminar pemikiran Dr. Kassim Ahmad.
Admin difahamkan 'Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian' pada 15 dan 16 Februari 2014 adalah anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), Putrajaya. Mereka memohon untuk menggunakan dewan di YKP memandangkan mereka mahu menjemput Tun Dr. Mahathir sebagai rakan lama Dr. Kassim Ahmad merasmikan seminar anjuran mereka itu.
Dr. Kassim Ahmad merupakan junior Dr. Mahathir di Universiti Malaya di Singapura). Semasa Dr. Kassim Ahmad belajar di Universiti Malaya, Singapura dia aktif dalam University Socialist Club, manakala Dr. Mahathir pula merupakan Presiden Pertubuhan Islam di di Kolej Perubatan, Universiti Malaya Singapura.
Sahabat-sahabat Dr. Kassim Ahmad seperti Dr. Chandra Muzaffar, Dato’ Baha Zain (Sasterawan Negara) dan Nik Aziz Hassan (pemimpin PKR Kelantan) adalah antara mereka yang terlibat dalam penganjuran seminar ini. Seminar bukan semata-mata untuk menyentuh penilaian hadith tetapi pemikiran kritikal dan idealis Dr. Kassim Ahmad dalam sastera, politik, agama dan falsafah. Jawatankuasa penaja seminar tersebut dipimpin oleh Nik Aziz Hassan (pengasas Parti Keadilan Nasional dan sehingga kini masih pemimpin PKR Kelantan yang mendukung kuat Anwar Ibrahim, boleh kaji pemikirannya di sini http:// www.merdekareview.com/bm/ news_v2.php?a=Nik+Abdul+Azi z+Nik+Hassan )
Dr. Mahathir yang merasmikan seminar tersebut di YKP menegaskan bahawa bukan semua pandangan Dr. Kassim Ahmad dipersetujui beliau. Beliau juga tidak fikir Dr. Kassim Ahmad sebagai anti-hadith. Sebelum ini budayawan kontroversi itu menafikan dia menolak hadith secara mutlak tetapi menolak hadith yang didakwa kononnya bertentangan dengan al-Quran. Kassim Ahmad mendakwa dia menerima 40% hadith. Admin tak pasti neraca apa yang Kassim Ahmad gunakan dalam mengenalpasti kedudukan hadith itu boleh diterima.
------------------------------------------------------------------------------------
ISU ANTIHADIS KASSIM AHMAD: ‘Dr Mahathir tiada kaitan’
Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai kaitan dengan seminar anti-hadis Dr Kassim Ahmad yang mencetuskan kontroversi sehingga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuka kertas siasatan.
Pihak berkuasa agama itu menjelaskan, tidak ada keperluan untuk memanggil Dr Mahathir dalam isu berkenaan, sebaliknya JAWI sedang berusaha untuk mengenal pasti penganjur seminar kontroversi itu.
Pengarah JAWI, Paimuzi Yahya, berkata pihaknya kini sedang mengumpul bukti berhubung seminar berkenaan dan akan memanggil Kassim secepat mungkin bagi mendapatkan penjelasan serta menjalankan siasatan.
“Dr Mahathir tidak terbabit dalam isu ini, Yayasan Perdana bukanlah penganjur kepada seminar itu, sebaliknya kami sedang mengenal pasti penganjur kepada seminar tertutup itu.
“Oleh itu kita minta sesiapa yang ada bukti maklumat mengenai seminar berkenaan menyalurkannya kepada JAWI bagi membolehkan siasatan dan tindakan diambil,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Semalam akhbar melaporkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengarahkan JAWI mengambil tindakan terhadap Kassim kerana mempertikai hadis yang boleh membawa kekeliruan umat Islam di negara ini.
Dah jelas Si Mamak Kerala tu anti-hadis, ape nak spin lagi woiiiii
ReplyDeleteJakim lebih takut pada mahatihir kuti dari takut pada Allah. Mahadhir pernah hina Rasul dan hukum allah Jakim tak berani mengambil tindakan pada Mahatihir . Cuba rak yat biasa atau pembangkang tanpa usul periksan tindakan diambil. ( Jaga Agama Kerana Ikut Manusia)
DeleteMahathir & Pak Kassim lebih takut pada Allah dari JAKIM dan sekutunya yang tanpa disedari umat islam adalah penganjur pengkristianan ugama islam!
Deleteso anwar ibrahim masuk dewan ajuran gereja di kajang pun bleh dikatakan tidak islam la
ReplyDeleteSalam utk semua,
ReplyDeleteAllah SWT tdk akan melaknati org2 yg mengkaji, mempertahankan dan mempertinggikan kitab Al-Quran, malah mereka ini adalah manusia pilihan yg akan masuk syurga tanpa dihisab (35:32). Tetapi Allah SWT akan melaknati dan membawa azab yg pedih lagi menghina kepada sesiapa yg memperlekehkan AL-Quran dan mengadakan kitab2 baru utk bertanding dgn Al-Quran (34:38), kononnya Al-Quran itu tdk lengkap dan memerlukan kpd kitab2 lain. Kitab2 lain yg kononnya berfungsi utk menjelaskan ayat2 Al-Quran inilah yg tlh menjauhkan umat Islam dari Al-Quran sehingga Al-Quran dijadikan barang perhiasan sahaja dan bukan lagi sumber ilmu yg maha agung.
Inilah kejayaan yg amat besar bagi yahudi dan nasrani sbb bukan sahaja tlh berjaya menjauhkan umat Islam dari Al-Quran malah berjaya mmbuatkan umat Islam berpecah-belah dan bersengketa sesama sendiri. Al-Quran adalah satu khazanah ilmu yg maha hebat lagi agung. cubalah baca blog2 yg mgkaji Al-Quran seperti harunyahya.com atau http://kajian-quran.blogspot.com/ dan sbgnya. Lihat dan kajilah sendiri akan kehebatan Al-Quran yang amat digeruni oleh semua musuh-musuh Islam.
Lihatlah bagaimana Al-Quran menjelaskan E=MC2, menjelaskan ilmu wireless communication, artificial intelligence, knowledge representations, centripetal force, piezoelectric, subliminal dan subconscious, dan sebagainya. Sekiranya umat Islam kembali kepada Al-Quran maka mereka akan menjadi umat terbaik “khaira ummatin”, dan inilah yg digeruni oleh yahudi dan nasrani!
Jauhnya umat islam di malaysia kepada Al-Quran kerana sejak tulisan jawi di hapus pembelajarannya di sekolah semasa Khair Johari jadi Menteri Pelajar kemudianya ditambah pula ketika Mahathir jadi pm menyekat menyekat sekolah agama pelajaran agama.
Deleteputar punya putar tuan guru jugak jadi kawan baik pak kasim.... mangkuk ayun punya admin
ReplyDeleteFahaman anti-Hadis adalah kafir. Sejak 25 tahun yang lalu, fahaman ini telah dan sedang berkembang pesat di kalangan umat Islam di Malaysia kita ini kerana kerajaan kita yang mendorong dan memberi laluan mudah kepada mereka.
ReplyDeletePengasas ajaran sesat ini ialah Rashad Khalifa dpd Mesir. Beliau belajar fahaman ini dpd Goldhizer, seorang Yahudi dpd Germany. Dpd Mesir, Rashad Khalifa berhijrah ke Amerika dan dpd sana beliau mengembangkan fahaman ini ke seluruh dunia termasuk ke Malaysia kita ini.
Fahaman anti-Hadis adalah kafir. Sejak 25 tahun yang lalu, fahaman ini telah dan sedang berkembang pesat di kalangan umat Islam di Malaysia kita ini kerana kerajaan kita yang mendorong dan memberi laluan mudah kepada mereka.
ReplyDeletePengasas ajaran sesat ini ialah Rashad Khalifa dpd Mesir. Beliau belajar fahaman ini dpd Goldhizer, seorang Yahudi dpd Germany. Dpd Mesir, Rashad Khalifa berhijrah ke Amerika dan dpd sana beliau mengembangkan fahaman ini ke seluruh dunia termasuk ke Malaysia kita ini.