Minda Hijrah Headline Animator

Friday, October 4, 2013

Angin Perubahan #PAU13 #calonExcoPemuda59

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.  Salam 1Malaysia 
1. Umum mengetahui bahawa saya membuat keputusan untuk bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia dalam #PAU13 kali ini. 

2. Setakat ini saya sudah menjelajah 7 negeri dan hampir 60 bahagian seluruh Malaysia. Pelbagai pengalaman politik yang sudah saya lalui sepanjang tempoh 2 minggu ini. 

3. Banyak cadangan dan luahan perasaan yang saya dengari dari peringkat Pemuda cawangan namun tiada apa yang mampu saya lakukan. Namun begitu,  ianya menjadi dorongan dan manaikkan semangat saya untuk terus berusaha mencapai kejayaan mendapat salah satu tempat dari 20 kerusi Exco Pemuda UMNO Malaysia walaupon ada satu ketika saya hampir putus asa. 

4. Kekangan kewangan yang sangat menghimpit diri menyebabkan saya membuat keputusan untuk tidak berjumpa sahabat-sahabat Pemuda Sabah.  Harapan saya kini bergantung kepada perwakilan perwakilan Pemuda dari Semenanjung terutamanya dari Perak, Johor dan Selangor. 


5. Walaupon peluang sememangnya tipis namun usaha dan kerja tetap diteruskan. Perjalanan bertemu Pemuda bahagian hingga ke Tanjung Piai di Johor dan Tanjung Dawai di Kedah dapat memberikan saya gambaran sebenar realiti politik akar umbi yang jarang disentuh oleh pimpinan Pemuda peringkat Pusat.  

6. Pemuda akar umbi mahukan perubahan secara menyeluruh. Suara mereka mahu didengari dan masalah mereka mahu diselesaikan. Permintaan mereka cukup besar hingga menakutkan saya namun saya tahu tentu ada cara untuk kita bersama menanganinya. 


7. Tidak kira siapa yang bakal dipilih nanti,  cabaran kepda pimpinan Pemuda memang cukup hebat menjelang PRU14 selepas BN masih gagal menguasai 2/3 kerusi Parlimen pada PRU13 lalu. 

8. 'Mengkritik bukan Menentang,  tetapi menuntut Perubahan'  saya mohon sokongan dan undi perwakilan untuk saya,  calon Exco Pemuda UMNO Malaysia nombor 59.

9. Terima kasih kepada sahabat-sahabat Pemuda yang telah berjumpa dengan saya.  Sokongan dan undi anda nanti amat saya hargai. 

Bersambung lagi.  Saya kini di Bangunan UMNO Shah Alam untuk sessi Pengenalan calon bagi negeri Selangor. #BeraniBerubah #PemudaBerani #BeraniLanggar 

No comments:

Post a Comment