Ketika ini ramai umat Islam rasa terhina dengan pelbagai insiden yang berlaku sejak PRU13. Antara adalah isu Duta Vatican yang memberikan sokongan supaya Kalimah Allah dibenarkan digunapakai oleh penganut ajaran Kritstian di Malaysia sedangkan Pope sendiri tidak gunapakai.
Antara yang lain adalah berkaitan isu undang-undang keluarga Islam yang sudah pun dibentangkan di Parlimen malangnya pimpinan kerajaan menarik balik rang undang-undang tersebut.
Terbaru ianya berkisarkan pasangan porno Alvin dan Vivian yang mengajak umat Islam berbuka puasa dengan babi ketika selepas itu Menteri pula menyuarakan pandangan 'bernas' supaya rakyat boikot makan ayam akibat kenaikan harga yang mendadak.
Rakan blogger Din Turtle membuat rumusan tentang pandangan Tun Mahathir tentang isu Alvin dan Vivian. Mungkin pak Menteri boleh belajar dari bekas pemimpin ini bagaimana menguruskan persepsi apabila berhadapan dengan media.
Facebook Kelab Chedet ada membincangkan isu berkaitan,
"Kata benda-benda yang menyakitkan hati orang mungkin orang akan balas...nanti jadi bermusuhlah. Ini orang yang tak ada akal, bodoh yang tidak boleh diajar,"
"Jika tidak boleh dibuang negeri, mungkin tindakan lain boleh dikenakan. Tetapi saya ingat undang-undang tidak benarkan kita lucut kewarganegaraan,"- Tun Mahathir
No comments:
Post a Comment