Minda Hijrah Headline Animator

Monday, May 27, 2013

Zahid Hamidi Dan Anwar Ibrahim - Will The Protege Strikes His Former Mentor?



Berbelas tahun lalu Datuk Zahid Hamidi pernah di tahan di bawah akta ISA , dan sebab musabab nya ada lah berkaitan Anwar Ibrahim. Boleh lah di kata kan ketika itu Zahid ada lah protege kepada Anwar Ibrahim. Apa tidak nya jika Zahid sanggup menyuara kan isu kronism dan nepotisma terhadap Tun Mahathir bagi pihak Anwar Ibrahim.Erti kata lain Ahmad Zahid Hamidi sanggup menghulur kan tengkok  untuk "boss" nya.

Tetapi itu kisah lama.

Kini dengan takdir tuhan sebagai mana tuhan mentakdir kan Perdana Menteri DS Najib mengambil watikah perlantikan daripada YD Agong yang serupa yang memberi watikah kepada ayah nya. Zahid Hamidi pula menjadi Menteri Dalam Negeri di kala pembuat onar ada lah bekas mentor nya.

Jika dahulu Datuk Ahmad Zahid pernah di sumbat sebagai tahanan ISA kerana orang ini, persoalan kini ada kah Ahmad Zahid sanggup menyumbat orang ini pula kedalam tahanan atas pelbagai pelanggaran undang undang?





Ujian terbesar kini di pikul oleh orang bernama Ahmad Zahid.Seluruh rakyat amat berharap Polis akan membuat sesuatu kerana rakyat sudah muak dan jemu dengan gelagat politikus jalanan yang bermaharaja lela.

Dengan keperibadian Ahmad Zahid yang boleh di kira sebagai berwibawa dan tegas tentu nya boleh di kata kan "Anwar has met his match".Buku bertemu ruas.

Tetapi jika mahu di jejaki sejarah lampau boleh juga di pertanyakan bahawa ada kah Ahmad Zahid masih menyimpan sedikit rasa hormat atau pun rasa simpati kepada orang yang dia sanggup ke penjara kerana nya?

Namum Datuk Ahmad Zahid harus melihat kedepan di mana careeer nya yang terbuka luas jika sesuatu yang hebat di laksana kan nya sekarang.Dan semesti nya perkara yang terhebat ada lah membuat sesuatu kepada puak pengacau dan pendemo yang di kepalai oleh Anwar Ibrahim.







Sedang Perhimpunan Agong UMNO semakin hampir, tentu sekali bakal ada suara suara yang menempelak atau memperli KDN dan penjaga nya jika di hari itu kerja huru hara masih belum terhenti.



Kini pasti semua nya terpulang kepada Datuk Zahid Hamidi sama ada kes huru hara ini menjadi isu yang boleh "make or break" kepada diri nya.Jika dia berjaya maka laluan untuk maju terus di dalam heiraki UMNO akan lebih cerah, jika dia gagal maka perebut jawatan nya akan seperti singa lapar memapah Datuk Zahid Hamidi dengan mengambil peluang ke atas kegagalan nya.

Dalam politik memang tiada kawan yang kekal dan begitu juga tiada musuh yang kekal.Sahabat di masa lampau boleh juga menjadi musuh di hari ini. Kepada Datuk Ahmad Zahid Hamidi, seluruh ahli UMNO dan rakyat Malaysia sedang memerhati "will he or wont he strike his former mentor" ?

sumber : The Chulan

9 comments:

  1. Once "Macai" forever "macai"...

    ReplyDelete
  2. Seandainya Zahid berjaya melepasi ujian ini, maka pastilah kita bahawa dialah pemimpin yang boleh kita harapkan untuk menerajui orang Melayu maju ke hadapan. Buka lagi pemimpin lembik yang hanya pandai 'mengampu' dan ' membodek' orang cina, sedang kaum sendiri hanya sekadar menjadi pemerhati dan makan sisa-sisa yang telah diberika kepada orang lain. Atau pemimpin yang hanya pandai mencipta puluhan transformasi kononnya untuk kemajuan pendidikan anak-anak, tetapi di masa yang sama meng'gunungkan'lagi bebanan tugas kaum pendidik di sekolah, sedang yang berada di kementerian duduk goyang kaki di kerusi empuk, bilik berhawa dingin 24 jam, dan menyergah guru apabila pengisian data dan maklumat lambat atau tidak dibuat (kerana masalah kelembapan server yang dicipta mereka). Sesungguhnya zaman dah berubah, kami di bawahan sudah lebih dari celik, yang tak berubah adalah pimpinan yang di atas, yang masih diuai oleh mimpi-mimpi "kekuasaan" mereka, yang sebenarnya hanya menunggu masa untuk direnggut. Tahniah Zahid, kami doakan anda akan menjadi penyelamat bangsa ini (kami tak lagi harapkan yang 2 orang tu. Moga anda melepasi ujian ini dan berdiri megah sebagai pemimpin masa depan umat Melayu.

    ReplyDelete
  3. Semoga Zahid diberi kekuatan oleh Allah SWT..semoga Allah pelihara dan Lindungi Zahid Hamidi..Amin.

    ReplyDelete
  4. Semoga Malaysia aman damai semula mcm dolu dolu..

    ReplyDelete
  5. mcm takde apa2 pun...asik amaran jer akan ambik tindakan...

    ReplyDelete
  6. mentor kalu dah kaki rasuah, bedal je.

    ReplyDelete
  7. Zahid sedang berlagak 'tough',tangkap sana tangkap sini
    Tapi strategi ini mungkin membuat lagi ramai orang sokong Msian Spring yang sedang di usahakan oleh Anwar
    Jangan percaya si Zahid ini

    ReplyDelete
  8. insya allah dato zahid akan berjaya mengekang huru hara ini..dan memastikan beliau mara kedepan untk memimpin umno dan malaysia..teruskan usaha wak zahid..saya sokong sepenuhnya usaha wak ini..memang malaysia ketandusan pemimpin hebat dan tegas spt wak zahid..melayu bergantung harap pada wak,,jgn hampakan...

    ReplyDelete
  9. Zahid tengah dok fikir macamana nak layan kerenah budak2... Kalau marahkan budak nangis... Kalau bagi muka nanti kepalanya kena pijak... Lembut tapi tegas kot?

    ReplyDelete