Lelaki yang ditangkap polis kerana menghina Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam laman sosial Facebook, semalam, disahkan berasal dari negeri ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari yang mengesahkannya berkata, lelaki terbabit berusia lingkungan 30-an ditangkap di satu lokasi di Terengganu untuk bantu siasatan kes itu.
Jailani yang ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Manir/Belara ke-34 2013, bagaimanapun enggan mengulas lanjut maklumat terperinci mengenai suspek, sebaliknya menyerahkannya kepada pihak polis.
Lelaki terbabit yang menggunakan profil 'cucu nabi' dikatakan mengeluarkan kata-kata mencela sultan dan tindakannya itu dikesan seorang pegawai Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) di Besut sebelum membuat laporan polis.
Jailani seterusnya menegaskan, sesiapa sahaja tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang sekiranya melakukan perbuatan serupa menerusi laman sosial atau internet.
"Undang-undang tidak membezakan sesiapa saja, tidak kira sama ada di dalam (rakyat tempatan) atau luar negara, sesiapa saja yang terlibat akan dikenakan tindakan," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga telah mengambil tindakan sewajarnya termasuk membuat pemantauan bagi memastikan perbuatan menyalahgunakan saluran multimedia dan internet tidak terus berulang.
Terjemahan kepada " Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara".......
ReplyDeletemungkin ada yang hanya faham ianya seperti " Yes Boss "....
Cetek sungguh pemikiran orang yang berkenaan...
Kalau dia Melayu...dia tak sedar bahawa " Kerana Dia Melayu-lah, maka dia seorang yang Beragama Islam ketika ini....
Perlembagaan Negara menyatakan...Orang Melayu Mesti Beragama ISLAM.....Oleh itu jelaslah fungsi Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama ISLAM....yang selama ini menjaga Kesucian Agama Islam di Malaysia.....
Aku rasalah pihak-pihak berkenaan....Gagal Matapelajaran Sejarah....masa kat sekolah rendah/menengah dulu....
Yang ini depa nak simpan sampai bila lagi>>:
ReplyDeletehttp://gmc-gunungmatcincang.blogspot.com/2013/05/ngeh-ko-ham-cabar-kewibawaan-sultan.html
Bagaimana kalau sultan cuba musnahkan umno?
ReplyDeleteklu melayu cpt jew tngkapnya cuba klu cina yg buat .. inilah sikap babi2 melayu yg hanya berani pd bangsa sendiri tpi menikus dgn cina dap. sampai bila.. suka tak suka biarlah kita berjiwa pendekar..
ReplyDeleteIngatkan dok kat usa
ReplyDeleteSokong Langau. Pasal orang cina ni dah banyak menyelit gambar raja. Jap lagi jadilah republic of Penang. Raja kita dah tak de power. Jadilah Raja yang zalim macam zaman dulu-dulu. Tangkap pancung je.
ReplyDelete