Minda Hijrah Headline Animator

Friday, May 24, 2013

Polis ada asas kukuh tahan pembangkang - Zahid Hamidi


Menteri Dalam Negeri, Datuk Zahid Hamidi yakin Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai asas kukuh untuk menahan beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis berhubung siasatan terhadap cubaan untuk menumbangkan kerajaan menerusi tunjuk perasaan jalanan. 
 
Zahid menegaskan tindakan itu bebas daripada sebarang campurtangan politik dan polis tentunya mempunyai perkiraan sendiri daripada aspek keselamatan dalam menahan Tian Chua, Tamrin Ghafar dan Haris Ibrahim. 
 
"Sebagaimana yang saya jelaskan di hari pertama saya berada di KDN, segala urusan operasi saya serahkan kepada pihak PDRM dan saya berkeyakinan tentu polis mempunyai bukti dan asas-asas yang kukuh melakukan penahanan itu.
 
"Dan saya tidak langsung campurtangan di dalam penahanan itu dan saya harap pihak rakan-rakan wartawan dapat bertanya dengan pihak polis sendiri," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan pada lawatannya ke Jabatan Pendaftaran Negara hari ini.
 
Ahli Parlimen Batu, Tian, aktivis pertubuhan bukan kerajaan 'Asalkan Bukan Umno (ABU)', Haris dan bekas ahli Parlimen Batu Berendam yang juga ahli PAS Tamrin ditahan dalam operasi berasingan.
 
Penahanan mereka dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini di padang Amcorp Mall.

6 comments:

  1. Dato Zahid , kurangkan buat kenyataan akhbar , bila sudah bagi kuasa penuh kepada polis biar polis buat kerja nya , jika ada wartawan tanay minta dia orang tanya KPN. Kan itu baik..

    Sebab kekadang jiak terlebih komen , tersasul cakap kita memberi peluru kepada pembangkang .. contoh ayat ' polis ada bukti kukuh tahan pembangkang' rasa nay ayat paling lembut ' pihak polis mungkin punyai alsan kukuh untuk menahan atau membuat tangkan terhadapa sesiapa sahja yang terlibat dalam apa juga kesalahan.

    Kan itu lebih sedap bunyi nya .. gambaran seoalh menteri tidak terlibat , itu yang kami mahu.. ayat power punya...

    ReplyDelete
  2. saya amat amat keciwa dgn tindakkan majisterit yg melepaskan 3 ekor beruk pengkianat tu..tolong kambalikan semula akta ISA.Tak perlu lagi majisterit yg dibeli olih pembangkang..harap kerajaan kembalikan ISA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. azman hangjebat warpak,, aku rasa kau dgn puak kau alll beruk siallll... kepala hotak kau dah masuk air najissss

      Delete
  3. Polis penat2 tangkap di maki hamun ! mahkamah lepaskan ! buang masa buang maruah buang segala galanya!!!! jom kita hidup ikut sukaa..jommmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah kah kah kesian kat berukkk tgh sedihh... aku kesian laaa kat kau bodohhhhh

      Delete
  4. Imej polis saj nak di jahanamkan,,PDRM kerap Makan UMPAN pakatan, Meka mahu buatbkerosakan..imej PDRM dan Kerajaan, Rakyat yg Pro Bn sudah meluat, Fedup dgn istem Perundangan kita, Kalau yg miskin tak aa apa apa, kita lihat Remand amat mudah tp yg berduit, ada duit, apa,pengaruh, kaya Remand sukar dapat..Kalu miskin mahkamh jatuhkan hukumannkaw kaw, tp ygbkaya.sebaliknya..Harap papagomo dapat keluarkan angka tepat. ajib Lunkini bukan iola kami. Elok turun jaga lah bini Kau itu. Ada ISA kau mudnahkan..Kau tamak nak unfi..Kat bawah org tak sokong mala meluat..Apa badan risikan buat tak kan ta ada maklumat red bean da mula serang Polis, SPRM, Kini SPR sejak 2005 lagi..Bubarkan aja lah

    ReplyDelete